pengunjung

Tuesday, May 10, 2011

KOSA KATA MENARIK


Akur - bersetuju

Aspirasi - cita-cita/keinginan

Bejat - gawat

Bergegas - membuat sesuatu dengan cepat

Bergelandangan - berpelesiran

Bermaharajalela - berleluasa

Dana - modal

Diksi - pemilihan kata

Diagnosis - mengenal pasti

Dinamis - berdaya saing

Diuar-uarkan - dicanangkan

Duri dalam daging - sesuatu yang menyakitkan

Emansipasi - hak kebebasan

Falsafah - pemikiran

Fasilitator - pemudah cara

Fenomena - perkara

Fleksibel - mudah diubah suai

Global - dunia seluruhnya

Hedonisme - hidup terlalu bebas

Iltizam - harapan tinggi

Imej - penampilan

Impak - kesan

Ironi - keadaan pertentangan

Julung-julung - kali pertama

Karisma - penampilan

Kental - kuat

Kemelut - masalah

Keunggulan - keistimewaan

Kepupusan - kehilangan

Kerakusan - haloba/gelojoh

Ketandusan - tidak ada

Kewibawaan - keupayaan

Khazanah - harta benda

Kolot - ketinggalan zaman/kuno

Komitmen - kesungguhan

Konflik jiwa - pergolakan jiwa

Konkrit - kukuh

Kontemporari - sesuai dengan keadaan

Konotasi - idea yang dimaksudkan

Konvensional - cara lama

Kritikal - serius

Kudus - suci

Lumrah - kebiasaan

Manifesto - pendirian

Maslahat - faedah

Membarahi - melanda

Membolosi - memasuki secara haram

Mencanai - melahirkan

Mencungkil - mencari

Mengaibkan - memalukan

Mengundang - menjemput supaya dating

Menjana - menghasilkan

Menuding jari - menyalahkan orang lain

Menyarankan - mencadangkan

Menyuntik - memberi

Meraikan - menjayakan/merayakan

Meranapkan - menghancurkan

Merealisasikan - menjadi kenyataan

Merencatkan - menggagalkan

Mutakhir - terkini

Nadi - penggerak

Nafsi - mementingkan diri sendiri

Nasi belum

menjadi bubur - belum terlambat

Norma - adat

Pancaroba - keadaan yang kacau

Panji - lambang kedaulatan/bendera

Perdana - utama

Perisai - pertahanan

Persada - arena/gelanggang

Perspektif - tanggapan

Reformasi - perubahan

Releven - sesuai

Sayugia - harus/patut

Seantero - seluruh

Senario - keadaan

Sesi - tempoh masa

Tampil - keluar

Tonggak - asas/dasar

Total - menyeluruh

Tragis - sedih

Tuntasnya - keseluruhannya

Via - melalui


Karangan aktiviti riadah (Bahagian A PKBS 1)

BAHAGIAN A

(30 MARKAH)

(MASA DICADANGKAN : 45 MINIT)

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti riadah yang boleh dilakukan. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah aktiviti riadah. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.


Aktiviti riadah merupakan aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat pada waktu senggang mereka(ayat tema/pembuka bicara tetapi berkaitan dengan isu dalam soalan). Terdapat pelbagai aktiviti riadah yang sering dilakukan. Antaranya termasuklah bersukan, bergotong-royong, dan banyak lagi. Namun, jika dilihat pada era globalisasi ini, aktiviti riadah semakin terhapus dalam kalangan anggota masyarakat(ayat isu/maklumat/situasi semasa yang berkaitan dengan tema utama soalan). Hal ini demikian kerana masing-masing terlalu sibuk dengan urusan seharian mereka(ayat huraian berkaitan dengn isu). Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana aktiviti riadah sebenarnya mendatangkan banyak faedah kepada kita(ayat huraian secara umum). Sekiranya aktiviti ini tidak dilaksanakan kita tidak akan dapat memanfaatkan faedah yang diperoleh itu dalam kehidupan seharian kita(ayat fokus). - (ayat tema, ayat isu, ayat fokus)

Kepentingan aktiviti riadah termasuklah dapat menyihatkan tubuh badan(ayat isi/judul/tajuk bagi perenggan berkenaan). Sebagai contohnya, apabila bersukan tubuh badan kita akan berpeluh dan perkara ini secara tidak langsung dapat menyingkirkan garam mineral yang tidak diperlukan oleh badan kita(ayat contoh). Apabila garam mineral tersebut disingkirkan, penyakit-penyakit berbahaya seperti lemah jantung dan sebagainya tidak dapat menyerang kita(ayat contoh). Hal ini akan menjadikan kita seorang yang sihat dan aktiviti-aktiviti seharian yang lain dapat dijalankan dengan sempurna tanpa diganggu gugat oleh masalah kesihatan yang dihadapi(ayat huraian). Jadi, jelaslah di sini bahawa akvititi riadah dapat menyihatkan tubuh badan seseorang sekali gus memastikan aktiviti seharian mereka berjalan dengan lancar(ayat penegasan). – ayat isi/judul/tajuk/isi utama dalam perenggan, ayat huraian, ayat contoh, ayat penegasan/pendirian calon.

Selain itu(penanda wacana/alat menyambung ayat, perenggan), hubungan silaturahim dapat dieratkan menerusi aktiviti riadah(ayat judul/tajuk bagi perenggan). Hal ini demikian kerana apabila aktiviti ini dilakukan, sebilangan besar komuniti masyarakat akan berkumpul pada satu tempat dan proses perkenalan antara masyarakat/komuniti akan berlaku(ayat hurian/perkara belum dibuktikan kebenarannya). Sebagai misalnya, melalui aktiviti gotong royong, anggota masyarakat akan bekerjasama menggembleng tenaga bagi membersihkan sesuatu kawasan di sekitar taman perumahan seperti kata pepatah Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (ayat contoh/ayat pengukuhan bagi ayat huraian). Mereka akan sama-sama membersihkan kawasan itu tanpa mengira umur, bangsa, atau negara. Perkara ini secara tidak langsung akan melahirkan bibit-bibit perkenalan antara mereka, sekali gus suasana yang harmoni dapat diwujudkan dalam kalangan anggota masyarakat(ayat huraian). Tegasnya, hubungan silaturahim antara komuniti masyarakat dapat dieratkan melalui aktiviti riadah.(ayat penegasan/pendirian calon)

Di samping itu, aktiviti riadah juga dapat melahirkan sebuah institusi keluarga yang bahagia(ayat isi/judul/tema perenggan). Hal ini demikian kerana dengan adanya aktiviti seperti berkelah, anggota keluarga akan berkumpul bersama-sama terutamanya pada hujung minggu memandangkan ada dalam kalangan mereka yang sibuk bekerja pada hari-hari biasa(ayat huraian). Apabila semua anggota berkumpul, segala masalah yang meyelubungi ahli keluarga akan dapat dibincangkan, sekali gus masalah tersebut dapat dikurangkan(ayat contoh). Jadi, jelaslah di sini bahawa sesebuah institusi kekeluargaan yang bahagia akan dapat diwujudkan melalui aktiviti riadah(ayat penegasan).

Kesimpulannya, aktiviti riadah mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada kita(ayat kesimpulan umum daripada tema utama dalam soalan). Oleh hal demikian, aktiviti ini wajar diteruskan agar setiap anggota masyarakat dapat merasai kenikmatannya(ayat cadangan). Tanpa aktiviti riadah seperti bersukan, bergotong- royong, dan berkelah, hubungan dalam kalangan anggota masyarakat akan menjadi renggang(ayat contoh berdasarkan ayat cadangan). Perkara ini harus digalakkan agar negara yang aman dan makmur dapat diwujudkan(ayat harapan). Akhir kalam, aktiviti riadah seharusnya dipratikkan oleh segenap lapisan masyarakat agar “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.”(ayat harapan dan cadangan)- penyudah/penamat sesuatu esei yang telah ditulis.

KOMEN : KEPUJIAN 24/30

Kosa kata menarik dan relevan dengan bahan rangsangan


Tuesday, March 29, 2011

Syair Pemberontakan Patani


MAKSUD


Rangkap 1:

Laksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani dengan segera untuk pergi
mendapatkan panji-panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang peraturan dan
hukuman.

Rangkap 2:

Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh memohon agar
diberikan pengampunan daripada pegawai yang berkenaan.

Rangkap 3:

Setelah mendengar titah betara, laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang
ditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara.

Rangkap 4:

Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara laksamana, sudah
lama gering dan laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda.


Rangkap 5:

Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara.

Rangkap 6:

Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan
laksamana menyerahkan segala-galanya pada Allah.

Rangkap 7: Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan
negara walaupun laksamana terpaksa berkorban.

Rangkap 8:

Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun
dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya.

Rangkap 9:

Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan
masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata.

Rangkap 10:
Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panji-
panji/perintah Raja Senggora.


TEMA

Syair ini mengemukakan tema tentang tanggungjawab seorang laksamana
melaksanakan perintah raja.

PERSOALAN

1. Persoalan kesetiaan terhadap pemimpin.
2. Persoalan mematuhi arahan pemerintah.
3. Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat.
4. Persoalan keamanan negara tanggungjawab kita.



BENTUK

1. Rima akhir aaaa
2. Syair ini mengandungi sepuluh rangkap.
3. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
4. Jumlah perkataan antara tiga hingga lima patah kata setiap baris.
5. Jumlah suku kata antara sembilan hingga tiga belas suku kata setiap baris.


GAYA BAHASA

1. Diksi (Bahasa Melayu Klasik)
Contoh: masyghul, dura, pegari, peri dan sebagainya.

2. Asonansi
Contoh: Laksamana dititahkan betara (pengulangan vokal ’a’)

3. Aliterasi
Contoh: Barang yang hendak dihukumkan (pengulangan konsonan ’n’)

4. Kata ganda
Contoh: Huru-hara, terkata-kata, bersegera-segera.



NILAI

1. Nilai kesetiaan
Contoh: Setia kepada pemerintah dan negara

2. Nilai amanah
Contoh: Laksamana melaksanakan amanah betara.

3. Nilai cinta akan negara
Contoh: Laksamana sanggup tinggalkan bondanya yang sakit demi negara.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan.
2. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara.
3. Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri.
4. Kita hendaklah setia kepada raja dan negara.
5. Kita janganlah bersedih dengan keputusan yang diambil sekiranya mendatangkan
kebaikan kepada orang lain.



Latihan

1. Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam Syair Pemberontakan Patani.

2. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menanam semangat cinta akan
negara dalam kalangan remaja?



NOTA DIAMBIL DARIPADA BPK

Wednesday, March 23, 2011

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pembangunan tanpa batasan merupakan perubahan kian pesat yang berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Masyarakat yang bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing tidak mengendahkan kebersihan alam sekitar.Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata supaya dapat mengejar kemajuan? Apakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Hal ini demikian kerana alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita.Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya mensyukuri nikmat pemberian Tuhan. Oleh itu, langkah-langkah yang proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya.

Langkah perdana yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibat daripada penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada masyarakat di jagat raya. Kesannya, masyarakat mudah dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan sebagainya.Hal ini turut memberi impak kepada ekonomi negara kerana terpaksa mengeluarkan dana yang amat besar bagi menampung kos perbelanjaan hospital. Oleh itu, penggunaan bahan kimia ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan. Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran alam sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan?Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian kebersihan. Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air.Hal ini turut menyebabkan kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang mengurangkan peratusan oksigen di dalam air. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.Jika hal ini tidak dibendung,masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan sumber protein.Bukan itu sahaja,majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein.

Bukan itu sahaja, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkat kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya membuka mata akan sahutan kerajaan. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu.Keadaan ini dikatakan “sambil menyelam minum air”. Melalui cara ini,sumber-sumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu,negara juga dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekaligus dapat memelihara kebersihan alam sekitar.Tegasnya, program kitar semula ialah salah satu cara untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik yang berterusan supaya rakyat dan dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat menyedarkan manusia yang lalai tentang kebersihan alam sekitar. Jadi, kempen kesedaran ini akan dapat mencapai matlamatnya sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar seterusnya dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat tidak mengendahkan sahutan kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri, pastinya negara kita akan tercemar. Tegasnya, kempen kesedaran sivik juga penting dalam usaha untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

Konklusinya, banyak langkah yang boleh dipraktikkan bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.Oleh itu, sikap bagai aur dengan tebing antara rakyat Malaysia dengan kerajaan amat diperlukan dan tentunya akan lebih bermakna agar hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Hal ini amat dititikberatkan kerana kebersihan juga merupakan separuh daripada iman. Kebersihan alam sekitar juga amat penting bagi menarik pelancong-pelancong dari seantero dunia dan seterusnya mendorong negara kita ke arah mencapai Wawasan 2020. Bahkan, kita patut menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengembleng tenaga menjaga kebersihan dan keamanan negara Malaysia sinonim dengan slogan negara “Negara Bersih, Rakyat Sihat”.

Tuesday, March 22, 2011

Peranan anda bagi menangani gejala guli dalam kalangan pelajar

Sejak belakangan ini, gejala buli dalam kalangan pelajar semakin serius. Masalah ini perlu ditangani dalam usaha melahirkan pelajar yang mempunyai peribadi mulia dan berwawasan.

Sebagai remaja yang prihatin, jelaskan peranan anda bagi menangani gejala tersebut.

Isi 1 : Saya akan melaporkan gejala buli kepada guru disiplin sekolah

Peranan perdana yang akan saya ambil bagi menangani masalah buli ini ialah saya akan melaporkan gejala ini kepada guru disiplin sekolah. Hal ini demikian kerana pelajar yang melakukan kesalahan akan berasa takut untuk melakukan perbuatan itu lagi. Jika saya melaporkan perkara ini kepada pihak guru, guru disiplin mengenakan hukuman yang setimpal kepada pembuli.Sebagai contoh, memberi hukuman rotan, gantung sekolah atau dibuang dari sekolah jika pelajar terlibat dalam gejala buli tersebut. Terdapat juga sekolah yang memanggil ibu bapa ke sekolah, kesan daripada tindakan tersebut, pelajar akan berasa malu dan takut untuk melakukan perbuatan buli itu lagi. Seandainya, saya tidak melaporkan gejala buli tersebut kepada guru disiplin, sudah tentu gejala ini akan turut menular dalam kalangan pelajar. Sebelum nasi menjadi bubur, saya haruslah melaporkan kejadian buli yang berlaku kepada guru disiplin supaya gejala ini akan dapatditangani dalam kalangan pelajar dan remaja.

Oleh;

KUMPULAN ARIF FAISAL, HUSNI AMIR, AMIRUL ADHAM,

TUAN MUHDFARIS, FAKHRULIQRAM, WAN MUHAMMAD ZIKRI.

5ST3 2011

Peranan perdana yang saya akan lakukan bagi menangani gejala buli dalam kalangan remaja ialah saya akan melaporkan kepada guru disiplin sekolah .Hal ini demikian kerana,guru disiplin sekolah memainkan peranan penting dalam membanteras gejala buli di sekolah di sampng membentuk sahsiah membentuk sahsiah dan disiplin pelajar . Guru disiplin boleh yang sewajarnya kepada si pembuli dengan memberi surat amaran penggantungan sekolah , merotan dan sebagainya.Usaha ini diharapkan janganlah hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.Seandainya saya tidak melaporkan gejala buli ini kepada guru disiplin , maka sudah pastilah gejala buli ini akan terus bermaharajalela di sekolah .Tegasnya,melaporkan gejala buli ini kepada guru disiplin merupakan peranan saya bagi melahirkan pelajar yang peribadi mulia dan berwawasan

Oleh;

KUMPULAN HASNAN 5ST3 2011

Minhaj perdana bagi menangani gejala buli yang serius dalam kalangan pelajar ini ialah ,saya akan melaporkan kes ini kepada guru disiplin .Hal ini demikian kerana ,guru disiplin merupakan pihak utama yang mempunyai kuasa bagi mengambil sebarang tindakan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah .Sebagai contoh ,guru disiplin haruslah memberi penekanan terhadap pelajar yang sering melakukan kesalahan disiplin terutamanya gejala buli .Sekiranya guru disiplin tidak memberi komitmen kepada pelajar-pleajar tersebut ,sudah tentu pelajar-pelajar akan mengambil peluang ini untuk melakukan kesalahan yang sama berulang kali .Oleh itu ,sebagai pelajar yang prihatin ,saya akan melaporkan gejala ini kepada guru disiplin sebelum menjadi tokak dan nanah kepada sekolah ,kerana pepatah melayu ada mengatakan 'sediakan payung sebelum hujan' .

KUMPULAN -Hany –Akma –Naim -Aima

5ST3 2011

Peranan perdana yang harus saya mainkan dalam membanteras gejala buli yang semakin serius berlaku dalam kalangan pelajar ialah saya akan melaporkan kejadian buli yang terjadi kepada guru disiplin di sekolah. Hal ini demikian kerana, guru disiplin mempunyai tanggungjawab yang besar dalam membanteras gejala buli yang kian meruncing di sekolah.Terdapat banyak langkah yang boleh dilakukan oleh guru disiplin bagi menangani gejala ini.Sebagai contoh, guru disiplin hendaklah membawa pelajar tersebut kepada pihak kaunseling sekolah supaya pelajar tersebut dapat di bantu dan di bimbing serta tidak melakukan gejala ini secara berterusan. Seandainya saya tidak melaporkan kejadian buli kepada guru disiplin, mungkin ada pelajar yang meninggal dunia seperti yang digempar-gemburkan oleh media massa. Sesungguhnya, sebelum nasi menjadi bubur saya haruslah melaporkan kejadian ini kepada guru disiplin di sekolah.

KUMPULAN FARAHANA 5ST3 2011


Minhaj perdana yang perlu saya lakukan bagi mengatasi gejala buli dalam kalangan pelajar ialah saya akn melaporkan gejala buli kepada guru disiplin. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak sekolah seperti guru disiplin, kaunselor dan penolong kanan hal ehwal murid memainkan peranan penting dalam menangani gejala buli dalam kalangan pelajar. Selain itu, saya sebagai pelajar seharusnya menjadi mata dan telinga kepada pihak sekolah. Sekiranya saya ternampak perbuatan ini di sekolah saya tidak akan mengambil sikap tunggu dan lihat sebaliknya saya akan bergegas ke bilik disiplin untuk melaporkan kejadian buli tersebut. Selain itu,saya juga tidak akan pilih kasih dalam masalah ini. Sebagai contoh sekiranya rakan rapat saya membuli rakan yang lain saya tidak akan teragak-agak untuk melaporkanya kepada guru disiplin. Seandaianya, saya tidak melaporkan gejala buli kepada guru disiplin sudah pasti gejala buli dalam kalangan pelajar sukar untuk ditangani. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa tanggungjawab saya sebagai pelajar yang prihatin iaitu dengan melaporkan gejala buli dalam kalangan pelajar kepada guru disiplin amat membantu pihak sekolah dalam mengekang hal ini.


nama ahli kumpulan 5st3:
nurul fatanah bt othman
nurul fatihah bt hashim
nur farah athirah bt rostafli
nur anis amalina bt muhamad khir
nur amirah bt mohd yusoff