BAHAGIAN B
Pada zaman yang semakin
berkembang pesat ini,negara kita memerlukan para remaja yang berjaya bagi
menerajui kepimpinan negara suatu masa nanti dan seterusnya untuk menjamin
kemajuan dan kemakmuran negara.Dengan itu,para remaja contohnya pelajar perlu
mempunyai pelbagai nilai murni dalam diri untuk melestarikan impian
negara.Memetik kata-kata presiden Soekarno,"Jika kamu ingin melihat masa
hadapan sesebuah negara ,lihatlah para pemudanya pada hari ini".Dalam
konteks ini,para pelajar perlu menerapkan nilai kegigihan dalam diri mereka
untuk mencapai kecemerlangan. Sesungguhnya,para pelajar pada hari ini perlu
gigih berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya dalam bidang
akademik.Jadi,nilai kegigihan perlu diserap ke dalam diri mereka sejak dari
kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya.Persoalannya,bagaimanakah cara nilai kegigihan ini membolehkan
pelajar mencapai kecemerlangan?
Sebenarnya, nilai kegigihan yang
efektif bagi golongan pelajar untuk mencapai kecemerlangan ialah kegigihan
dalam menuntut ilmu. Hal ini demikian kerana dengan menuntut ilmu secara gigih
pelajar akan memperoleh banyak ilmu pengetahuan selain mereka akan berjaya
mencapai cita-cita. Dalam konteks ini, pelajar perlulah rajin berusaha dengan
mengulang kaji pelajaran setiap masa dan membuat latihan secara bertubi-tubi
bagi semua subjek. Benarlah kata Tun Dr Mahathir Mohamed pelajar akan berjaya
jika gigih berusaha kerana "Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang tidak
malas berusaha". Sebagai contoh, pelajar mestilah gigih mentelaah
buku-buku yang menjadi rujukan mereka dan sentiasa bertanya kepala guru tentang
soalan yang tidak difahami. Sekiranya pelajar malas berusaha untuk menuntut
ilmu sudah pasti masa depan pelajar tidak terjamin dan sudah terlambat untuk
menyesali pada kemudian hari kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada guna. Jelaslah bahawa kegigihan dalam menuntut ilmu amatlah penting
kepada golongan pelajar untuk kepentingan masa depan mereka bagi membolehkan
pelajar mencapai kecemerlangan.
Skop perbincangan dialihkan pula ke
arah nilai kegigihan dalam mendisiplinkan diri yang merupakan aspek penting dan
perlu dititikberatkan oleh golongan pelajar.Hal ini demikian
kerana,mendisiplinkan diri merupakan faktor utama yang membolehkan pelajar
mencapai kecemerlangan.Setiap pelajar hendaklah gigih dalam mendisiplinkan diri
mereka supaya setiap urusan dapat dikendalikan dengan berkesan dan tidak
seperti menjadi `sudah terhantuk baru tengadah'.Sekiranya golongan pelajar
berdisiplin cekap dengan bijak dalam menguruskan masa sudah pasti mereka akan
menjadi para pelajar yang cemerlang. Masa merupakan perkara penting bagi setiap
pelajar yang mengimpikan kecemerlangan dalam hidup mereka. Antara usaha yang
dapat dilakukan oleh setiap pelajar dalam usaha mendisiplinkan diri adalah
dengan mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Seandainya
golongan pelajar tidak gigih dalam mendisiplinkan diri,sudah tentu mereka akan
dipinggirkan seperti`melukut ditepi gantang' dan mudah terlibat dalam pelbagai kebejatan
sosial seperti ponteng sekolah dan
pergaduhan dalam kalangan mereka. Pihak sekolah juga akan mendapatkan impak
negatif daripada sikap para pelajar ini.
Jelaslah bahawa nilai kegigihan dalam mendisiplinkan diri akan menjadikan
golongan pelajar lebih bijak dalam memilih hala tuju kehidupan mereka bagi
membolehkan mereka mencapai kecemerlangan di peringkat dunia.
Perbincangan kita dikembangkan dengan merungkai nilai kegigihan
dalam menjauhkan diri daripada
terpengaruh dengan media sosial yang negatif. Apabila seseorang pelajar
menjarakkan diri mereka daripada terpengaruh dengan media sosial, sudah
tentulah mereka dapat meluangkan masa mereka dengan membuat kerja rumah yang
diberikan oleh guru tanpa sebarang gangguan. Selain itu, setiap pelajar juga
harus berpada-pada dalam melayari laman sosial yang negatif terutamanya
aplikasi Whatsapp, Facebook, Instagram dan lain-lain. Hal ini dapat menyebabkan mereka terlalu leka. Dengan
itu, mereka akan membazirkan masa belajar mereka dengan sia-sia, bak kata
pepatah " masa itu emas" . Seorang pelajar perlulah gigih dalam
menjarakkan diri dalam media sosial supaya pelajaran mereka tidak akan
terganggu. Sebagai contoh, jika seseorang pelajar tidak terlalu terpengaruh
dengan media sosial, mereka dapat membahagikan masa belajar mereka dengan
sebaik-baiknya. Memetik kata Tun Dr. Mahathir Mohamed " Bangsa yang
berjaya ialah bangsa yang tidak malas berusaha. Bukan itu sahaja, jika kita
terjebak dalam media sosial, kita akan menimbulkan fitnah melalui
maklumat-maklumat palsu yang telah disebarkan. Tegaslah bahawa, setiap golongan
pelajar haruslah menjauhkan diri daripada terpengaruh dengan media sosial yang
negatif untuk membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran.
Di samping itu,kegigihan dalam
menjaga hubungan baik sesama insan perlulah ada dalam diri kalangan pelajar
dalam usaha mencapai kecemerlangan setiap pelajar serta mencapai masa depan
yang lebih cemerlang.Pelajar haruslah saling menjaga hubungan yang baik antara
satu sama lain agar tidak berlaku perbalahan yang dapat meruntuhkan hubungan
silatirahim dalam kalangan pelajar di sekolah.Mereka hendaklah hidup dalam
keadaan bermuafakat.bak kata pepatah,"ke gunung sama didaki,ke lurah sama
dituruni".Sebagai contoh,pelajar mestilah menghormati guru dan rakan-rakan
agar tidak timbul perselisihan faha, antara pelajar dan pelbagai pihak di
sekolah. Jika nilai ini tidak diambil cakna oleh para pelajar seseorang itu
mungkin tidak akan dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap pembelajaranya.
Dalam konteks ini, dengan menjaga hubungan baik sesama insan juga dapat
meluaskan lagi rezeki. Memetik hadis riwayat bukhari dan muslim,"sesiapa
yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkan
hubungan silaturahim ( dengan insan )". Tegasnya, kegigihan dalam menjaga
hubungan sesama insan merupakan nilai murni yang perlu dimiliki oleh golongan
pelajar untuk mencapai kecemerlangan.
Di samping itu, nilai murni yang
perlu dimiliki oleh pelajar untuk mencapai kecemerlangan ialah kegigihan
beribadat kepada Allah . Hal ini kerana dengan beribadat kepada Allah , pelajar
akan mendapat keredhaan dan keberkatan dalam menuntut ilmu. Jika seseorang
pelajar ingin berjaya haruslah mendesiplinkan diri dengan Allah . Sebagai
contoh tidak meninggalkan solat lima waktu walaupun sibuk dengan rutin harian.
Kajian menunjukkan sengan beribadat kepada Allah seseorang itu akan berjaya.
Azali Azlan ialah contoh pelajar yang berjaya mendapat 21A dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Yan yang dapat menjadi idola kepada pelajar untuk berjaya.
Rahsianya ialah beliau selalu mendekati diri dengan Allah . Jika seseorang
pelajar tidak melanggar perintah Allah nescaya hidup akan lebih aman dan jiwa
tenang untuk menimba ilmu . Saidina Ali Karamallah pernah menyatakan bahawa “Ilmu ibarat barang dagangan yakni
apabila dibelanjakan dan diperdagangkan pasti akan bertambah. Sebaliknya harta
pula apabila diperdagangkan semakjn berkurang “. Sesungguhnya , sebagai seorang
pelajar, kita haruslah gigih beribadat kepada Allah untuk mencapai
kecemerlangan dalam segenap bidang.
Konklusinya, nilai kegigihan
haruslah diterap dalam diri pelajar supaya mereka akan menjadi insan yang berjaya
dalam pembelajaran mereka. Pernyataan ini bersesuaian dengan peribahasa usaha
tangga kejayaan dan hadis nabi yang bermaksud “Tuntutlah ilmu sampai ke negeri
China”. Dengan mengamalkan nilai kegigihan dalam sesuatu pekerjaan sudah pasti
semua perkara seperti kerja sekolah
dapat disiapkan dengan sempurna. Sebagai contoh , pelajar yang gigih akan
menyiapkan kerja yang sering diberikan oleh semua guru subjeknya walaupun
mereka sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti. Oleh itu, untuk berjaya dalam
pembelajaran setiap pelajar mestilah gigih bagi membolehkan mereka mencapai
kejayaan yang diharapkan oleh ibu bapa dan guru mereka, bak kata pepatah jika
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
DARIPADA PELAJAR 5PA2 2018
USAHA TANGGA KEJAYAAN
No comments:
Post a Comment