(BAHAGIAN A)
MANFAAT MEMBAWA BEKAL KE SEKOLAH
Makanan yang sihat dan seimbang amat
penting kepada kesihatan mental dan fizikal para pelajar.Pengambilan makanan
yang sihat dapat membekalkan tenaga yang maksimum kepada pelajar untuk lebih
fokus dalam pembelajaran mereka.Kebanyakan penyediaan makanan oleh pengusaha
kantin di sekolah tidak bersih,contohnya pekerja tidak menutup makanan,tidak
memakai sarung tangan dan makanan yang dijual tidak seimbang.Hidangan makanan
yang tidak ditutup menyebabkan serangga seperti lalat dan lipas akan mudah untuk
merosakkan kualiti makanan tersebut. Sekiranya ibu bapa membekalkan makanan
yang sihat kepada anak-anak mereka sendiri akan dapat menjamin kesihatan kepada
generasi muda terutama pelajar sekolah dan bersesuaian dengan slogan “Negara Bersih,Rakyat
Sihat”. Persoalannya,apakah manfaat membawa bekal ke sekolah?
Sebenarnya , manfaat utama membawa
bekal ke sekolah adalah akan dapat
menjimatkan kos perbelanjaan harian pelajar . Hal ini demikian kerana , kita
dapat menyimpan wang saku yang diberi oleh ibu bapa kerana kita tidak perlu
membeli makanan di kantin lantaran kita telah membawa bekalan dari rumah . Duit
tersebut boleh disimpan di dalam tabung untuk digunakan bagi tujuan perkara
lain . Kita juga dapat meringankan beban ibu bapa . Dengan membawa bekal ke
sekolah juga kita dapat merealisasikan amalam menabung dalam kehidupan seharian
. Demi memenuhi tuntutan pada zaman milenium ini , kos kehidupan dijangka
semakin meningkat dan memerlukan kebestarian akal dalam menghadapinya , bak
kata pepatah ' Ingat sebelum kena , jimat sebelum habis ' . Jelaslah bahawa
dengan mengamalkan membawa bekal ke sekolah, kita dapat menjimatkan kos
perbelanjaan harian yang merupakan manfaat utama kepada seseorang pelajar .
Selain itu, manfaat lain yang
diperoleh daripada membawa bekal ke sekolah ialah kita dapat menjamin
kebersihan makanan. Hal ini demikian kerana dengan membawa bekal ke sekolah
kita dapat mengelakkan berlakunya keracunan makanan kerana mencegah lebih baik
daripada mengubati. Dalam konteks ini, bekalan makanan itu terjamin bersih
kerana dimasak oleh ibu bapa di rumah. Sebagai contoh, ibu bapa akan
menyediakan bekalan yang berkhasiat dan bersih supaya tidak akan ada gangguan
penyakit seperti sakit perut dan proses pembelajaran anak-anak mereka berjalan
lancar. Sekiranya, kebersihan penyediaan makanan tidak dititikberatkan sudah
pasti dibimbangi berlakunya kes keracunan makanan seperti yang pernah terjadi
di Sekolah Rendah Pekan Kota Marudu yang melibatkan seramai 32 orang murid
terbabit dihantar ke Hospital Kota Marudu selepas menunjukkan simptom sakit
perut, muntah, loya dan pening kepala. Jelaslah bahawa kebersihan makanan
amatlah penting untuk menjamin kesihatan diri agar setiap pelajar dihindari
penyakit yang boleh menjejaskan kualiti pembelajaran mereka di sekolah.
Seterusnya, makanan yang dibawa
ke sekolah dapat mematuhi keperluan vitamin yang secukupnya. Pengambilan
vitamin yang secukupnya dapat membuatkan murid-murid kekal bertenaga dalam
mengharungi pembelajaran di sekolah pada setiap hari. Pelbagai vitamin dapat
diserap oleh badan pelajar-pelajar seperti vitamin A,C,D dan sebagainya untuk
mengelakkan murid-murid daripada mengantuk dan tidak fokus dalam kelas. Sebagai
contoh, makanan yang dibekalkan oleh ibu bapa di rumah mengikut piramid makanan
seimbang kerana mempunyai karbohidrat, sayur-sayuran, buah-buahan dan protein
yang secukupnya. Sekiranya pengambilan vitamin tidak diambil dengan secukupnya,
masalah kesihatan dan keadaan pelajar di dalam kelas menjadi tidak terurus. Oleh
hal yang demikian, pelajar akan menghadapi masalah kesihatan dan pembelajaran
apabila hal ini tidak dititikberatkan, bak kata pepatah,'nasi sudah menjadi
bubur'. Benarlah kata-kata James H.West,"Kesihatan tidak hanya tubuh,
tetapi fikiran dan jiwa juga menjadi kesenangan". Tegasnya, membawa
bekalan ke sekolah dapat menyediakan vitamin yang secukupnya untuk kesihatan
tubuh badan para pelajar yang seterusnya memberi impak yang cemerlang dalam
bidang akademik mereka.
Konklusinya, banyak manfaat jika kita membawa bekal ke sekolah. Oleh itu,amalan
yang baik ini haruslah diterapkan dalam diri semua pelajar supaya kita semua
memperoleh manfaatnya. Ibu bapa seharusnya peka akan kepentingan dalam
menyediakan bekal kepada anak-anak. Badan yang sihat menjamin minda yang cerdas
. Ibu bapa haruslah memupuk amalan gaya hidup sihat ini kepada anak-anak sejak
dari kecil lagi supaya menjadi amalan yang biasa, bak kata pepatah melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa yang menginginkan kejayaan anak-anaknya
haruslah melakukan pelbagai usaha yang
proaktif seperti menyediakan bekal ke sekolah dan kata-kata tokoh Filsut Tao
sangat sesuai digunakan sebagai panduan iaitu Jika kita mahu hidup setahun
tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanam lah pokok dan jika kita
mahu hidup selama- lamanya tanamlah jiwa manusia.
DARIPADA PELAJAR 5PA2 2018
MASA ITU EMAS
Karangan terbaik 👍🏻🙌🏻 THANKS
ReplyDelete👍👍
ReplyDeleteKarangan paduku bossku..
ReplyDeletesangat membantu , terima kasih atas perkongsian ilmu ini
ReplyDeletethanks for help me😉❤️
ReplyDeletethanks😉
ReplyDeleteThank you banyak manfaatnya
ReplyDeleteSangat membantu👍🏻.Terima kasih.
ReplyDelete