pengunjung

Sunday, February 9, 2020

KARANGAN BERBENTUK RENCANA




LANGKAH-LANGKAH  MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Disediakan oleh: Aidil Hannah Bin Husain

                Dalam mendepani realiti baru dunia yang berkembang pesat ini, masalah pencemaran alam sekitar terutamanya di negara kita ini semakin leluasa. Sudan tentu masalah pencemaran alam sekitar  tidak berlaku dengan sendirinya kerana kalau tidak disebabkan angin, manakan pokok bergoyang. Malangnya, masalah ini berpunca daripada sifat manusia    tidak bertanggungjawab yang sesuka hati mencemari alam dengan melakukan perbuatan yang tidak bermoral  seperti membuang sampan merata-rata tempat , melakukan pembalakan haram, mencemari sumber air dan sebagainya. Isu yang menjadi bualan masyarakat, apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemaran ini ? Konflik ini menghantui kita dari hari ke hari. Sebelum nasi menjadi bubur, pihak yang bertanggungjawab hendaklah mula mengambil langkah yang drastik dan sederap untuk mengatasi masalah pencemaran alam ini. Persoalannya, apakah langkah-langkah sesuai yang boleh diambil bagi mengekang pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing ini?

                Sebenarnya institusi keluarga terutamanya ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam menjaga kebersihan alam sekitar .Sebagai seorang ibu bapa yang bertanggungjawab mereka perlu memainkan peranan dengan menerap ajaran agama yang sempurna kepada anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak seumpama kain putih tetapi yang mencorakkannya ialah ibu bapa. Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan agama mengajar penganutnya agar tidak memusnahkan dan mencemari alam sekitar ciptaan-Nya. Memetik kata-kata Albert Einstein ‘Agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh.’ Sebagai tamsilnya, ibu bapa menjadi suri teladan dengan mendidik anak-anak mereka mengitar semula bahan terpakai sejak kecil lagi,anak-anak ini akan terikut-ikut dengan perlakuan positif ibu bapa mereka itu kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Diharapkan melalui prakarsa ini, ibu bapa dapat melahirkan modal insan kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani, emosi ,rohani dan intelek  dan seterusnya akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama, dan negara. Seandainya, ibu bapa tidak memainkan peranan yang sewajarnya, sudah pasti kehidupan anak-anak mereka akan terumbang-ambing dan tanpa hala tuju. Dalam konteks ini institusi keluarga terutamanya ibu bapa perlu  memainkan peranan yang proaktif dalam mengekang  pencemaran alam sekitar di negara kita . Hasrat negara yang ingin merealisasikan “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030” (WKB2030) sebagai salah satu langkah yang pragmatik dalam menjaga alam sekitar sudah pasti akan terlaksana dengan keterlibatan ibu bapa ini. Jelaslah bahawa, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting bagi menjaga kebersihan alam sekitar di negara ini.

                                 Dalam pada itu , langkah lain yang boleh dilakukan adalah melalui peranan pihak kerajaan sebagai salah satu induk terpenting bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan merupakan penggubal undang-undang negara dan menjadi rujukan kepada rakyat dalam menjaga alam sekitar. Dalam konteks ini , kerajaan mempunyai hak untuk menguatkuasakan undang-undang sesebuah negara dengan mengenakan denda yang tegas serta berat kepada rakyat sama ada dari segi kewangan atau hukuman penjara. Sebagai misalannya, undang-undang negara Singapura dapat dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia kerana negara mereka mengenakan denda sebanyak $500 kepada sesiapa yang membuang sampah merata-rata tempat walaupun hanya cebisan kertas. Pihak kerajaan juga perlulah mengadakan kempen secara berterusan serta berkala dan bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Pihak kerajaan boleh bekerjasama dengan pelbagai pihak media sama ada media arus perdana seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau media sosial yang lain dalam menyebarkan iklan menjaga alam sekitar. Hebahan media massa terutama melalui internet kebiasaannya lebih berkesan berbanding media cetak terutama dalam kalangan generasi muda. Rakyat akan mudah mendapat kesedaran melalui iklan tersebut dan impaknya mereka akan lebih menghargai anugerah tuhan.Cendikiawan pernah berkata bahawa 'Alam ini diciptakan dengan jutaan misteri yang tidak kita ketahui bukan misteri yang membuat kita takut,tapi misteri yang membuat kita bergairah untuk mengetahuinya'. Seandainya pihak kerajaan tidak memainkan peranan , sudah pasti pencemaran alam sekitar akan sentiasa leluasa . Ringkasnya , pencemaran alam sekitar dapat ditangani dengan berkesan melalui peranan pihak kerajaan iaitu  agen utama dalam merealisasikan sebuah negara yang bersih dan makmur.

                                Selain itu, salah satu cara yang efisien dalam usaha menjaga alam sekitar ialah pihak sekolah juga perlu memainkan peranan yang sepatutnya dalam memupuk semangat cinta akan alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana sekolah ialah tempat kedua selepas rumah yang merupakan pusat penerapan ilmu pengetahuan. Berdasarkan senario yang dinyatakan di atas, guru-guru perlulah menerapkan nilai-nilai positif melalui penerapan sivik seperti kasih sayang, tanggungjawab, kegembiraan, dan hormat-menghormati. Implikasinya, pembelajaran subjek-subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggesis, Sejarah, Pendidikan Agama Islam serta Pendidikan Moral akan mampu menerapkan nilai-nilai moral yang positif dalam kalangan pelajar ke arah menjaga kebersihan alam sekitar. Dalam hal ini, murid-murid perlu menghormati nasihat guru mereka bukan hanya sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga wajar mengadakan aktiviti gotong-royong supaya dapat menyemarakkan perasaan kasih sayang dalam kalangan pelajar terhadap alam sekitar dan sekali gus dapat menjadi wahana yang berkesan dalam menerapkan semangat kejelekitan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum. Dengan ini, apabila mereka menginjak dewasa mereka akan bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam memajukan negara terutamanya dari aspek kebersihan alam sekitar dan seterusnya memastikan negara dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain . Pada masa yang sama, guru-guru perlulah mengumpulkan pelbagai artikel tentang keburukan pencemaran alam sekitar agar murid-murid mendapat kesedaran bahawa pencemaran tersebut akan membawa banyak padah kepada pelbagai pihak. Sesungguhnya, pihak sekolah antara medium yang penting dalam mendidik generasi baru supaya lebih menitikberatkan penjagaan alam sekitar.

                                Konklusinya,masalah pencemaran alam sekitar haruslah dicegah dengan segera bagi mengelakkan pencemaran yang lebih kritikal pada masa hadapan.Bagi merealisasikan impian ini,semua pihak tidak seharusnya mengamalkan sikap "bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing".Kami berharap agar rakyat Malaysia dapat berganding bahu  untuk menjaga amanah tuhan sekali gus dapat mengeratkan silaturahim sesama insan kerana ‘bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’.Sebagai anggota masyarakat yang berwawasan,menjadi impian kita untuk melihat negara kita lebih maju dan bersih setanding dengan negara-negara maju yang lain.Oleh itu,sebagai masyarakat yang bertanggungjawab kita haruslah menjaga alam sekitar dengan betul dan sentiasa mengamalkan sikap membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan di sesuatu kawasan.

Karangan 4S1 2020    SMK TUMPAT