pengunjung

Wednesday, May 5, 2021

FAKTOR-FAKTOR DAN CARA MENINGKATKAN PRESTASI SUKAN NEGARA

        Pada era globalisasi ini, sukan amat penting untuk memajukan sesebuah negara kerana sukan dapat meningkatkan ekonomi negara. Kini, prestasi sukan negara Malaysia semakin tidak konsisten terutamanya dalam bola sepak , hoki dan badminton.  Sebagai bukti, pasukan bola sepak Malaysia berada pada tangga ke-159 semasa peringkat Federation International Football.Perkara ini menyebabkan sestengah pihak mengeluarkan pendapat bahawa atlet negara ini lemah. Rakyat Malaysia percaya bahawa kalau ada asap tentu ada api. Oleh itu apakah faktor-faktor  yang menyebabkan  kemerosotan prestasi sukan negara ini ? Usaha rakyat Malaysia dalam mengembalikan maruah sukan negara juga adalah amat penting bagi membentuk sebuah negara yang maju.


    Pada pendapat saya,kepincangan sistem pendidikan merupakan salah satu faktor yang mengundang kepada kemerosotan prestasi sukan negara kita.Hal ini dikatakan demikian kerana ,sistem pendidikan kini terlalu berorientasikan akademik pelajar sehingga mengabaikan aktiviti kokurikulam pelajar.Implikasinya, modal insan yang berbakat dalam bidang sukan semakin berkurang kerana remaja tidak tahu bersukan.Oleh itu,pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program 1Murid 1Sukan(1M1S) yang mewajibkan semua murid menyertai sekurang-kurangnya satu sukan untuk mencungkil bakat dan minat murid dalam bidang sukan.Walau bagaimanapun,keberkesanan 1M1S  kurang menepati objektifnya akibat sikap endah tak endah segelintir masyarakat yang sukar memberi kerjasama. Jelaslah bahawa, kegagalan sistem pendidikan negara kita telah menjadi penyebab mutu sukan pada peringkat sekolah merosot, dan  secara tidak langsung telah menjejaskan mutu sukan. 

 

BERSAMBUNG AHAD


ESEI PERBINCANGAN PELAJAR 5S1 2021