pengunjung

Wednesday, October 5, 2011

PERIBAHASA BAHASA MELAYU

DIPETIK DARI BLOG UPSI'S


Telur di hujung tanduk

Orang yang berada dalam keadaan yang sangat sukar atau bahaya.
Orang yang ditahan oleh pengganas itu berada dalam keadaan bahaya. Mereka boleh dibunuh bila-bila sahaja. Nyawa mereka sperti di hujung tanduk.

Bagai ayam mengeram telur.

Makna: Peri keelokan, merah muka seseorang.

Bagai ayam naik ke surau.

Makna: Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
Sama erti: Bagai bertandang ke rumah janda.

Contoh: sudah hampir dua jam Encik Abu berbual dengan Encik Ramli, tetapi belum ada tanda-tanda encik Ramli hendak mempelawanya minum. Sehinggalah ia membuat keputusan untuk balik, secawan air pun tidak dihidangkan. Keadaan yang dialami oleh Encik Abu bagai ayam naik ke surau.


Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor
bergelimang tahi.

Makna: Seseorang yang bercakap tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan.

Sama erti: 1. Membasahkan garam sendiri. 2.Buah kedempung, di luar berisi di dalam kosong.

Contoh: Sentiasa memberi nasihat dan cadangan, tetapi dia sendiri tidak amalkan hinggakan keadaan kehidupan keluarganya tidak sempurna. Caranya ini bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi.

Bagai ayam yang terkecundang.

Makna: Sangat ketakutan.

Sama erti: 1. Malu berani, mati takut. 2. Pelandok di cerang
rimba. Dalam ketakutan dan gelisah. 3. Jiwa bergantung di
hujung rambut. 4. Bagai kambing dalam biduk.


Contoh: Keadaan Seman bagai ayam kecundang kerana ia juga terlibat dalam kes pengedaran dadah di kampung

tersebut. Ia berasa takut kerana polis sedang membuat penyiasatan pada kes tersebut.


Bagai bajak wangkang makan diangkat.

Makna: Orang yang gemar dipuji.

Sama erti: 1. Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka. 2. Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.

Contoh: Semua kerja yang telah dilakukan oleh beliau, pasti akan diheboh-hebohkan kepada semua rakan- rakannya. Tindakannya supaya ia mendapat pujian. Sikapnya bagai bajak wangkang makan diangkat.


Bagai balak terendam

Makna: Orang gemuk yang malas bergerak.
Sama erti: 1. Seperti badak berendam. 2. Seperti sumpit abu
ditegakkan. 3. Bagai sumpit dientakkan.

Contoh: Banyak tugasan yang belum disiapkan oleh Tina kerana dia asyik tidur sahaja bila di dalam bilik. Badannya yang gemuk dan malas ini menjadikan ia digelar bagai balak terendam.


Bagai belacan dikerat dua : yang pergi busuk, yang tinggal
anyir.

Makna: Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua belah pihak.

Contoh: Ahmad dan Aminah telah lama bercinta dan mereka telah bersetuju untuk berkahwin. Malangnya hajat mereka tidak dipersetujui oleh ibu bapa mereka. Ini menyebabkan mereka lari untuk pergi berkahwin di tempat lain. Tindakan mereka bagai belacan dikerat dua; yang pergi busuk yang tinggal anyir.


Bagai beliung dengan asahan.

Makna: Tidak pernah berpisah.
Sama erti: 1. Seperti belangkas. 2. Bagai dakwat dengan
kertas.

Contoh: Sejak dari tahun pertama, mereka sentiasa bersama-sama ada ke kuliah atau untuk membuat tugasan. Keadaan mereka bagai beliung dengan asahan.


Bagai belut digetir (= diketil) ekornya.

Makna: Cepat sekali.

Sama erti: 1. Pantasnya seperti kilat. 2. Berabu. 3. Bak
cetus api. 4. Bagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan).

Contoh: Pertandingan acara berlari semuanya dibolot oleh Ali. Kepantasa lariannya bagai belut digetir.


Bagai belut diregang.

Makna: Tinggi dan kurus
Sama erti: Cicak kobeng.

Contoh: Pasukan B berjaya berjaya di dalam pertandingan bolakeranjang kerana terdapat seorang pemain yangtinggi dan sentiasa berjaya memasukkan gol. Keadaan fizikalnya bagai belut diregang.


Bagai berkain tiga hasta.

Makna: Serba tak cukup (miskin).
Sama erti: 1. Berkain tak cukup seblit pinggang. 2. Berkayuh
sampan bocor. 3. Kain dibakar tiada berbau. 4. Sudah dahaga sampai pula telaga kering. 5. Teranggit-anggit seperti rumput di pintu. 6. Tertelentang berisi air, tertiarap berisi tanah. 7. Telentang berbumbungkan langit, meniarap berlantaikan tanah.

Contoh: Sejak kematian suaminya, mak limah terpaksa bekerja keras untuk menyara makan minum anaknya yang ramai. Keadaan hidupnya sekarang bagai berkain tiga hasta.

Bagai bersahabat dengan ular.

Makna: Berkawan dengan orang yang jahat.
Contoh: Ali sudah pandai balik lewat malam dan sudah pandai melawan nasihat ibubapanya. Sikapnya mula beruabah sejak ia berkawan dengan orang-orang di persimpangan kedai itu. Pergualan Ali ini bagai bersahabat dengan ular, kerana perangai yang jahat itu dapat mempengaruhinya.


Bagai berseru di padang pasir.

Makna: Seruan yang tidak diendahkan orang.
Sama erti: Seperti memekik di tengah padang luas.

Contoh: Walaupun telah beberapa kali wakil rakyat itu meminta supaya penduduk di kawasan perumahan itu bersatu untuk menjaga keharmonian, tetapi tidak ada kata sepakat dan tidak dipedulikan sahaja. Seruannya bagai berseru di padang pasir.


Bagai bersumur di tepi rawa.

Makna: Orang yang selalu cemburu.
Contoh: Isteri Encik Ali sentiasa berada di rumah sahaja. Ia
tidak dibenarkan keluar oleh suaminya. Sikap suaminya bagai bersumur di tepi rawa.


Bagai bertanak di kuali.

Makna: Terlalu murah hati hingga binasa kerananya.
Sama erti: 1. Seperti pelita, membakar diri, menyalankan orang. 2. Seperti lilin membakar diri. 3. Memerah kain basahan orang.4. Mengairi sawah orang.

Contoh: Keadaannya bagai bertanak di kuali, kerana habis wangnya telah digelapkan oleh wakil syarikat yang kononnya hendak meminjam. Rupa-rupanya ia telah menipu.


Bagai bertandang ke rumah janda.

Makna: Bertemu ke rumah orang yang tidak menjamu apa-apa.
Sama erti: Bagai ayam naik ke surau (No. 302). Oleh itu saya
tidak akan menghuraikannya lagi sebab sama.

Bagai bertemu (= makan) buah si malakamo : dimakan mati
bapak, tidak dimakan mati ibu.

Makna: Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

Sama erti: 1. Bagai memegang buah kepantangan beruk : ditelan mati emak, diluah mati bapa. 2. Seperti Quran buruk : dibaca tak boleh dipersebarang dosa. 3. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang. 4. Dikatakan mati emak, tak dikata mati bapak. 5. Lalu hangus, surat layu,

Contoh: Keputusan yang terpaksa dibuat oleh Suzi bagai bertemu buah malakoma, dimakan mati bapak, tidak dimakan mati ibu,kerana ia akan melibatkan masa depan dirinya dan nasih keluarganya.

Bagai bertepuk sebelah tangan.

Makna: Cinta kasih yang tidak berbalas.

Sama erti: 1. Bertepuk sebelah tangan, bersiul sambil menganga.
2. Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.

Contoh: Gadis yang cantik itu telah menyebabkan ramai orang lelaki yang cuba mendekatinya tapi sedikit pun tidak dilayan. Akibatnya mereka bagai bertepuk sebelah tangan.


Bagai buruk kena ipuh.

Makna: Mengeliat-geliut (kerana kesakitan).
Sama erti: 1. Cengkeling bagai ular kena palu. 2. Bagai
cacing kepanasan.

Contoh: Mat mengidap penyakit gastrik. Sekiranya dia tersilap makan, penyakit akan datang menyebabkan ia tidak dapat menahannya dan keadaannya bagai beruk kena ipuh.


Bagai berumah di tepi tebing.

Makna: Selalu dalam kekuatiran.
Sama erti: 1. Bagai telur di hujung tanduk. 2. Menanti laki
pulang maling.

Contoh: Malim berasa kuatir kerana anaknya sudah dua hari tidak pulang ke rumah. Semua kerjanya tidak menjadi kerana kuatir bagai berumah di tepi rawa.

Bagai besi dengan penamban.

Makna: Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.
Sama erti: 1. Bagai kayu lempung, ditebuk kumbang
tembus-menembus. 2. Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk. 3. Seperti tepung di tangan pengadun.

Contoh: Pada zaman penjajahan Jepun, semua orang takut dengan cara pemerentahan mereka. Keadaan ini bagai besi dengan penamban.

Bagai biawak mengulangi bangkai.

Makna: Lelaki yang suka pergi ke tempat orang jahat.
Sama erti: 1. Seperti anjingh mengulangi bangkai. 2. Lalat
langau mengerumuni bangkai.


Bagai buah keras di dalam sekul.

Makna: Bercakap dalam keadaan tergopoh-gapah.
Sama erti: 1. Seperti bertih direndang. 2.Menggerutu sbagai
buluh diperun.

Contoh: Sejak dari tadi Min tidak berhenti- henti becakap.
Cakapnya yang tergopoh-gopoh bagai buah keras di dalam sekul amat sukar difahami.



Bagai budak menyapu ingus.

Makna: Beroleh malu dalam sesuatu majlis.
Sama erti: 1. Laksana kedidi : di mana pantai
tercunggit-cunggit. 2. Seperti cicak makan kapur.

Contoh: Ada tetamu yang tersinggong tangan Aminah, menyebabkan cawan yang dipegangnya terjatuh semasa majlis jamuan itu diadakan. Walaupun bukan salah dirinya tetapi ia rasa sangat malu bagai budak menyapu ingus.


Bagai bulan empat belas.

Makna: Kecantikan wajah seorang wanita.
Sama erti: 1. Seperti emas baru disepuh. 2. Bagai janda baru
bangun tidur. 3. Serupa bulan penuh. 4. Serupa burak.
5. Seperti kelopak pandan.

Contoh: Semua pakaian yang digayakan olehnya kelihatan sangat menarik. Bukan sahaja kerana rekabentuk itu yang menarik tetapi kerana kecantikan wajahnya bagai bulan empat belas.


Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.
Makna: Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak
berjalan.

Sama erti: 1. Seperti penjajap berpaling hendak hilir.
Contoh: Hampir dua jam aminah bersolek, bila ia hendak pergi berjalan. Kecantikannya selalu mendapat perhatian di luar. Dirinya bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.


Bagai buntal kembung.

Makna: Bodoh dan sombong.

Sama erti: 1. Beriak tanda dalam, bergoncang tanda tak penuh. 2. Bagai tagar di Pulau Sembilan.

Contoh: Mak Limah selalu bersungut kerana anaknya selalu membuat silap semasa kiraan dalam perniagaan. Bila diajar tidak diambil peduli. Perangai anaknya bagai buntal kembung.

Bagai bunyi cempedak jatuh.

Makna: Bunyi jatuh yang sangat kuat.
Contoh: Mak Timah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh
cucunya menyebabkan ia terjatuh. Badannya yang besar
menyebabkan bunyi jatuhnya sangat kuat bagai bunyi cempedak jatuh.

Bagai bunyi orang dikoyak harimau.

Makna: Berteriak-teriak dan melolong dengan kuat.

Sama erti: 1. Berjerit-jerit seperti kucing biang. 2. Seperti
kuang memekik di puncak gunung. 3.Bagai halilintar membelah bumi.

Contoh: Zaiton sentiasa berhati-hati dalam membuat kerja-kerja rumah supaya emaknya tidak marah. ia berasa malu sekiranya dimarahi oleh emaknya yang mempunyai suara terlalu kuat bagai bunyi orang dikoyak harimau.

Bagai bunyi perempuan di air.

Makna: Ramai (= riuh) sekali.
Sama erti: 1. Bagai keling karam. 2. Bagai ombak purus.

Contoh: Bagai bunyi perempuan di air, apabila keluarga Encik
Seman berkumpul pada hujung minggu. Anak cucunya yang ramai menjadikan rumahnya sangat bising.


Bagai bunyi siamang kenyang.

Makna: Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat
kesenangan.

Sama erti 1. Seperti gadis jolong bersubang, bujang jolong
berkeris. 2. Seperti si buta mendapat tongkat, dipukulkan buta tuli.

Contoh: Che Mat selalu menghebab-hebahkan bagaimana caranya ia beroleh kesengan sekarang ini. Sikapnya bagai siamang kenyang.


Bagai cacing gila.

Makna: Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya.

Sama erti: Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.

Contoh: Ali berang bila orang mengatakan isterinya bagai cacing gila. Dia mesti bertindak tegas terhadap sikap isterinya yang suka bertandang ke rumah orang.


Bagai cacing kena air panas.

Makna: Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan
lain-lain).

Sama erti: 1. Bagai kucing hendak beranak. 2. Terloncat-loncat bagai ulat pinang. 3. Seperti kucing di atas titian.
4. Kera kena belacan.

Contoh: Berita kemalangan yang menimpa keluarganya menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa. Keadaannya bagai cacing kena air panas, hingga terpaksa orang lain memujuknya supaya bersabar.


Bagai cembul dapat tutupnya.

Makna: Sangat sesuai.

Sama erti: 1. Bagai dulang dengan tudung saji. 2. Seperti
telap dengan tutupnya. 3. Bagai kunyit dengan kapur. 4. Bagai pinang dibelah dua. 5. Bagai lepat dengan daun. 6. Bersua beliung dengan sangkal.

Contoh: Kata orang bagai cembul dengan tutupnya kepada pasangan
pengantin itu kerana sama-sama bijak dan cantik.


Bagai dakwat dengan kertas.

Makna: Tidak pernah bercerai; sangat cocok.
Sama erti: 1. Bagai isi dengan kuku. 2. Bagai beliung dengan
asahan. 3. Diuji sama merah, ditahil sama berat. 4. Laksana
terung bertunang ikan kering. 5. Seperti belangkas.

Contoh: Kebanyak pelajar menggelar mereka bagai dakwat dengankertas kerana mereka sentiasa bersama sejak dari tahun pertama hingga ke tahun keempat.


Bagai dekan di bawah pangkal buluh.

Makna: Pandai menyembunyikan rahsia.

Sama erti: 1. Telan batu. 2. Memakan habis-habis, menyuru
hilang. 3. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan.
4. Menyuruk hilang-hilang, memakan habis-habis.

Contoh: Setelah seminggu kes pembunuhan itu berlaku, barulah masyarakat di Segamat mengetahui bahasa Zain juga terlibat dalam kes itu. Sikap selama-lamanya ini bagai dekan di bawah pangkal buluh.



Bagai denai gajah lalu.

Makna: Pekerjaan atau kejadian benar yang payah hendak
disembunyikan.

Sama erti: 1. Kalau tak ada angin, pohon tak akan bergoyong.
2. Bagai kelip-kelip terbang malam. 3. Seperti ditempuh gajah lalu. 4. Mana busuk yang tidak berbau.

Contoh: Kejayaan Encik Amin mencipta kaki palsu untuk anaknya telah diketahui di seluruh negeri. Walaupun ia tinggal di luar bandar tetapi kejayaannya bagai denai gajah lalu.


Bagai diikat dengan sehasta tali.

Makna: Dalam keadaan yang sangat terbatas.

Sama erti: 1. Seluas dada tuma. 2. Seperti ikan dalam belat.

Contoh: Undang-undang yang dikenakan kepada sekolah pemulihanakhlak itu sangat ketat. Ini menyebabkan penghuninya merasa pergerakan mereka sangat terbatas bagai diikat dengan sehasta tali.

Bagai diiris dengan sembilu.

Makna: Pedih sekali rasa hatinya.

Sama erti: 1. Seperti pedang bermata dua. 2. Kena parang
bermata dua. 3. Tertarung kaki boleh diinai, tertarung hati
susah ubatnya.

Contoh: Hati mak Temah bagai diiris dengan sembilu, apabila
mendengar sindiran dari orang kampung kerana perbuatan jahat anaknya.


Bagai dirahap kain basah.

Makna: Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar kabar berita atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri.


Contoh: Kemalangan ngeri yang berlaku di depan mata Zain
menyebabkan ia terkejut dan terus pengsan. Situasi yang
dialaminya bagai dirahap kain basah.


Bagai ditembak putus tunggal.

Makna: Dialahkan oleh orang yang bodoh.
Sama erti: Dientak ulu luncung.

Contoh: Bagai ditembak putus tunggal, apabila ia kalah dalam
perdebatan itu. Sedangkan ia seorang pegawai yang bijak, tetapi
tidak tahu mempraktikkan sesuatu, manakala orang kampung yang
bodoh tahu membuatnya.


Bagai diurap dengan daun katung-katung.

Makna: Sangat marah.
Sama erti: 1. Rasa pedih cuping telinga. 2. Panas hati.

Contoh: Bagai diurap dengan daun katung-katung apabila di
dituduh mencuri. Oleh itu dia berusaha untuk membuktikan
kebenaran yang di tidak mencuri.



Bagai duri dalam daging.

Makna: Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.

Contoh: Bagai duri dalam daging pada diri Encik Seman sekiranya kakitangan syarikatnya tidak bekerja dengan betul-betul. Keadaan ini amat diperhatikan supaya ia tidak mengalami kerugian dalam perniagaannya.


Bagai emak mandul baru beranak.

Makna: Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat.

Sama erti: 1. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek.
2. Seperti labah-labah sayang kepada telurnya. 3. Seperti
gerup dengan sisir. 4. Selapik seketiduran, sebantal sekalung
hulu. 5. Kasih sepantun tulisan pinggan.

Contoh: Permohonan untuk mendapatkan anak angkat telah berjaya. Puan Aminah terlalu gembira bagai emak mandul baru beranak sahaja tingkahlakunya.

Bagai hempedu lekat di hati.

Makna: Sangat karib (tentang orang yang bersahabat atau
berkasih-kasihan).

Sama erti: 1. Seperti keroncor dengan belangkas. 2. Seperti
api dengan asap. 3. Sebagai aur dengan tebing. 4. Berjarak
serasa hilang, bercerai serasa mati.

Contoh: Sejak mereka bertunang, keadaan mereka bagai hempedu lekat di hati kerana tidak pernah berpisah.



Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Makna: Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.
Sama erti: 1. Siapa lu, siap gua. 2. Nafsu, nafsi.

Contoh: Ali selalu tidak mahu memberi pendapat semasa dalam perbincangan sekiranya sama masalah yang wujud. Apa yang ia tahu akan disimpannya. Sikapnya bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.



Bagai gadis jolong menumbuk.

Makna: Rajin dan bersungguh-sungguh.

Sama erti: 1. Bagai semut penghimpun melukut. 2. Seperti
anai-anai makan kayu. 3. Lurah diturun, bukit didaki. 4.
Cepat kaki ringan tangan. 5. Ringan tulang.

Contoh: Cuma tinggal dua bulan sahaja lagi untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Masa yang sudah singkat ini telah dipenuhi dengan mengulangkaji pelajarannya bersungguh-sungguh dan pergi ke kelas tambahan. Aktiviti seharian dan kerjanya bagai gadis jolong menumbuk.


Bagai gagak menggonggong telur.


Sama erti: 1. Perempuan hodoh berpakaian bagus. 2. Tunggul itu kalau dipakaikan elok juga. 3. Laksana dara baru bangun tidur.

Contoh: Walaupun majlis itu diadakan untuk pegawai tetapi
didapati ada perempuan yang bagaikan gagak gonggong telur

Bagai galah dijual.

Makna: Terlalu miskin.
Sama erti: 1. Seperti kain buruk dibakar tak berbau. 2. Duduk dengan sukatan.

Contoh: Kami sungguh bersimpati dengan mereka yang hidup bagai galah dijual tetapi elok sekiranya mereka membuang tabiat yang buruk itu sebelum diberi bantuan.


Bagai galah di tengah arus.

Makna: Selalu berkeluh kesah.

Sama erti: 1. Seperti kodok ditimpa kemarau. 2. Seperti air di
dalam kolam.

Contoh: Kesempitan hidup menyebabkan mereka bagai galah di tengah arus dan tidak berkesempatan langsung untuk bersuara menentang pihak yang berkuasa.


Bagai gelegar buluh.

Makna: Bercakap besar.
Sama erti: 1. Laksana meriam buluh. 2. Seperti ilmu padi hampa, makin lama makin mencongak. 3. Seperti ular menyusur akar tiada hilang bisanya.

Contoh: Biar pun ia telah diberi amaran oleh pihak polis tetapi suaranya masih lantang bagai gelegar buluh.


Bagai geluk tinggal di air.

Makna: Orang yang melarat hanya harapkan bantuan orang lain.
Sama erti: Sauk air mandikan diri.

Contoh: Negara lain patut memberi bantuan kepada penduduk Afrika yang hidup bagai geluk tinggal di air setelah dilanda kemarau panjang.


Bagai gembala diberi keris.

Makna: Pemberian yang tidak berfaedah.
Sama erti: Seperti kera dicampak bunga.
Contoh: Pemerintahan kejam yang diberi bantuan oleh kuasa besar sangat merugikan bagai gembala diberi keris kerana ia gagal memberi kemudahan kepada rakyat.


Bagai getah dibawa ke semak.

Makna: Perkara yang semakin kusut dan sukar diselesaikan.
Sama erti: Seperti kain kasa di atas duri.

Contoh: Sengketa di Indo-China telah menjadi rumit bagai getah dibawa ke semak kerana campur tangan kuasa-kuasa besar.



Bagai gulai lengkitang.

Makna: Hendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikan yang ada padanya hilang.
Sama erti: Sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira.

Contoh: Usahanya untuk membersihkan diri berakhir bagai gulai lengkitang apabila kebaikan yang dilakukannya dianggap oleh orang ramai sebagai muslihat mencari simpati.


Bagai hantu makan dedak.

Makna: Bersungut dengan tak tentu sebabnya.
Sama erti: 1. Seperti anjing mengunyah tulang. 2. Seperti murai cabut ekor.
Contoh: Regim Bortha yang telah kehilangan sokongan negara maju telah merungut bagai hantu makan dedak apabila mengalami kesulitan ekonomi.


Bagai harimau beranak muda.

Makna: Orang perempuan yang terlalu bengis.
Sama erti: Seperti harimau lepas tangkap.
Contoh: Bagai harimau beranak muda itu telah menyebabkan ia
menghadapi kesukaran untuk bersuami.

Bagai haruan di dalam tuar.

Makna: Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah.
Sama erti: Seperti kura-kura terlentang.

Contoh: Semenjak kebelakangan ini kehidupannya bagai haruan di dalam tuar akibat perbuatannya yang mendorong anaknya meninggalkan dia.


Bagai ikan lampam diolak jamban.

Makna: Anak yang subur tumbuhnya, lekas besar dan tinggi.
Sama erti: 1. Seperti birah tumbuh di tepi lesung. 2. Kurus
kering seperti bayang, siapapun tidak menaruh sayang.

Contoh: Walaupun hidupnya miskin, anak peliharaannya sihat bagai ikan lampam diolak jamban dan mempunyai kepintaran seperti anak orang lain.

Bagai elak bercerai dengan benang.

Makna: Bercerai untuk selama-lamanya.
Sama erti: 1. Berpatah arang berkerat rotan. 2. Seperti isi
dengan kuku.

Contoh: Setelah kematian ibunya, Abu dan Ali telah membawa diri masing-masing dan perpisahan itu bagai elak bercerai dengan benang.

Bagai inai dengan kuku.

Makna: Hubungan sangat karib.
Sama erti: 1. Bagai isi dengan kuku. 2. Seperti gerup dengan
sisir. 3. Bagai elak bercerai dengan benang.

Contoh: Biarpun mereka berdua baru sahaja bertemu tetapi hubungan mereka rapat bagai inai dengan kuku.


Bagai itik pulang petang.

Makna: Berjalan lambat dan lembam.
Sama erti: 1. Lenggang lenggok bagai cupak hanyut. 2. Seperti lipas kudung.

Contoh: Badannya yang berisi dan gebu itu menyebabkan perempuan
muda itu berjalan bagai itik pulang petang.


Bagai jampuk kesiangan hari.

Makna: Kebingungan, termenung-menung.
Sama erti: 1. Seperti rusa masuk kampung. 2. Seperti kera dapat pisang.

Contoh: Ia tidak sepatutnya kebingungan bagai jampuk kesiangan hari sewaktu menerima keputusan peperiksaan yang mengecewakan itu kerana ia tidak berusaha bersungguh sebelum peperiksaan tersebut.


Bagai jawi belang puntung: didulukan ia menyepak,
dikemudiankan ia menanduk.

Makna: Orang bodoh yang sukar diajak berunding.
Sama erti: 1. Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya
disondol. 2. Aku alah, engkau tak menang. 3. Bagai jawi ditarik keluar.

Contoh: Ketua Kampung Paya menghadapi masalah apabila berunding dengan anak buahnya yang dianggap bagai jawi belang puntung: didulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk.

Bagai jawi ditarik keluar.
Makna: Menurut dengan tidak membantah.

Sama erti: 1. Laksana lembu kisi, galak sahaja tak melawan.
2. Umpama memerah nyiur, santan diambil, ampas dibuang.

Contoh: Cikgu Ali tidak menghadapi masalah untuk menasihati muridnya di darjah tiga kerana mereka bagai jawi ditarik keluar.


Bagai jawi makan, dimamah dahulu baru ditelan.

Makna: Tiap perkara itu dirunding masak-masak sebelum
dikerjakan.
Sama erti: 1. Sepuluh kali ukur sekali kerat. 2. Walau ada
umpan belum tentu ada ikan.

Contoh: Usaha Persatuan Pendidikan untuk mengadakan sImposium mengenai KBSM sangat dialu-alukan dan untuk menjamin kejayaan ia perlu penelitian seperti kata orang bagai jawi makan, dimamah dahulu baru ditelan.


Bagai jawi terkurung siang.

Makna: Sangat gelisah kerana tidak bebas.
Sama erti: 1. Seperti kucing di atas titian. 2. Seperti kumbang
putus tali.

Contoh: Ramai penghuni asrama itu gelisah bagai jawi terkurung siang kerana mereka dilarang keluar pada waktu malam.


Bagai jelongak kerbau rampung.

Makna: Orang hodoh yang sombong, tak sedar dirinya
dibodohi orang.
Sama erti: 1. Buruk tak tahu akan hinanya. 2. Seperti sang
kancil.

Contoh: Mereka tidak ubah bagai jelongak kerbau rampung, biarpun telah dinasihati tetapi sikapnya tidak berubah.


Bagai kacang direbus satu.

Makna: Melonjak kegirangan kerana mendapat untung.
Sama erti: 1. Sebagai kera mendapat pisang. 2. Pasang pelita
dilanggar tikus.

Contoh: Penyokong pasukan negara kita melonjak kegirangan bagai kacang direbus satu apabila pasukan negara berjaya menewaskan pasukan lawan.


Bagai kacang direndang.

Makna: Bunyi suara yang tak putus-putus.

Sama erti: 1. Kecek bagai bunyi merendang kacang. 2. Seperti
bertih direndang. 3. Seperti tabuhan di dalam tukil.

Contoh: Apabila pihak musuh melepaskan tembakan maka berlakulah pertempuran sengit dan bunyi senapang bagaikan kacang direndang.


Bagai kambing di dalam biduk.

Makna: Sangat ketakutan.
Sama erti: 1. Seperti kambing dengan harimau. 2. Bagai tikus
nampak kucing. 3. Umpama orang memelihara dirinya di dalam lebah.

Contoh: Pak Ali ketakutan bagai kambing di dalam biduk apabila disergah oleh askar Jepun yang lengkap bersenjata.


Bagai kambing dihalau ke air.

Makna: Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan.
Sama erti: 1. Kambing di parak panjang janggutnya, hati enggan banyak jawabnya. 2. Pipit pekak makan berhujan. 3. Abu tetap berdegil bagai kambing dihalau ke air, walaupun dipaksa oleh anggota tentera yang berkawal di kawasan itu. 4. Tingkah laku seperti anak-anak. 5. Akal sebagai makan nasi lecek. 6. Katak hendak jadi lembu.

Contoh: Walaupun mereka telah sampai ke pusat pengajian tinggi tetapi ada setengah daripada mereka yang menunjukkan tingkahlaku bagai kambing harga dua kupang.


Bagai kambing menanduk bukit, tanduk patah bukit tak
runtuh.

Makna: Pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.
Sama erti: 1. Seperti anjing menyalak bukit. 2. Seperti
layang-layang menentang angin. 3. Sedikit tekun lama-lama menjadi bukit.

Contoh: Dia telah beberapa kali diberi nasihat supaya jangan
mengganggu peniaga kecil itu kerana perbuatannya itu bagai
kambing menanduk bukit, tanduk patah bukit tak runtuh.


Bagai kapak naik cerana.

Makna: Tak cukup alat untuk kerjakan sesuatu.
Sama erti: 1. Seperti kapak naik pemidangan. 2. Sampan ada pengayuh tiada. 3. Usul-usul, asal-asal, asal jangan ditinggalkan.

Contoh: Kerja itu telah dirancang dengan baik tetapi oleh kerana kekurangan alat telah menjadikan ia bagai kapak naik cerana.


Bagai kayu lampung, ditebuk kumbang tebus- menebus.

Makna: Orang lemah mudah dianiaya oleh orang berkuasa.
Sama erti: 1. Seperti gajah masuk kampung. 2. Seekor cacing
menelan naga.

Contoh: Tidak ada faedahnya menentang mereka kerana kita bagai kayu lampung, ditebuk kumbang tebus-menebus, ditambah pula kita tidak bersatu di dalam menjalankan sesuatu tindakan.


Bagai kelip terbang malam.

Makna: Rahsia yang tidak dapat disembunyikan.
Sama erti: 1. Bangkai gajah bolehkan ditutup dengan nyiru.
2. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut.
Contoh: Perbuatannya hendak menyembunyikan rahsia itu sia-sia sahaja kerana perkara seperti itu bagai kelip-kelip terbang malam dan tidak perlu disembunyikan.


Bagai keluang bebar petang.

Makna: Ramai berkerumun, suka hidup beramai-ramai.
Sama erti: 1. Seperti semut dengan gula. 2. Bagai enau di
belukar.

Contoh: Sikap anak-anak muda yang suka berkerumun apabila ada pesta tidak ubah bagai keluang bebar petang walaupun pesta itu diadakan di tempat yang jauh.


Bagai kena sentung pelali.

Makna: Gadis yang tidak mahu bersuami.
Sama erti: Sayang bunga layu di pohon.

Contoh: Usaha Razali untuk mengahwini gadis itu sia-sia sahaja kerana gadis itu bagai kena sentung pelali setelah gagal di dalam percintaan yang pertama.


Bagai kera diberi kaca.

Makna: Mendapat sesuatu yang tidak dapat digunakan.
Sama erti: 1. Memberi cermin kepada kera. 2. Bagai si kudung beroleh cincin.

Contoh: Sia-sia membina Balai Raya di setengah kampung yang penduduknya sangat mundur kerana pemberian tersebut bagai kera diberi cincin.


Bagai kerakap tumbuh di batu.

Makna: Hidup di dalam kemelaratan.
Sama erti: Runcing telunjuk palit sambal lada.

Contoh: Kehidupan orang-orang pelarian Kampuchea bagai kerakap tumbuh di batu selepas tempat perlindungan mereka diserang oleh tentera Vietnam beberapa kali.

Bagai kerbau runcing tanduk.

Makna: Orang yang sudah terkenal kejahatannya.
Sama erti: 1. Runcing tanduk bongkah kening. 2. Adakah buaya menolak bangkai?

Contoh: Walaupun saya telah mengetahui tentang kejahatannya bagai kerbau runcing tanduk tetapi saya masih yakin ia boleh menjadi orang yang baik sekiranya ada orang yang mahu mamahami jiwanya.


Bagai kerbau terkejut oleh gong.

Sama erti: 1. Tercengang-cengang kehairanan. 2. Seperti rusa
masuk kampung. 3. Bagai kucing lepas senja.

Contoh: Apabila tiba di Kuala Lumpur, orang tua itu
tercengang-cengang bagai kerbau terkejut oleh gong kerana
berlaku perubahan yang pesat terhadap bandar Kuala Lumpur.


Bagai kinantan hilang taji.

Sama erti: 1. Tiada berharga lagi. 2. Santan ke pasu ampas pun ke tanah.
Contoh: Setelah didakwa dan didapati bersalah oleh mahkamah Ahli Yang Berhurmat itu bagai kinatan hilang taji kerana orang ramai telah tidak percayakan dia lagi.


Bagai kuau mengigal.

Makna: Kehebatan rupa seseorang.ÜjÜŒ
Sama erti: 1. Seperti merak mengigal. 2. Seperti emas baru
disepuh.

Contoh: Orang ramai terpesona melihat rupanya yang bagai kuau mengigal hingga suasana yang riuh rendah bertukar menjadi senyap dan sunyi.


Bagai kucing dengan panggang.

Makna: Perkara yang menimbulkan sesuatu hal yang tidak baik kalau didekatkan.
Sama erti: 1. Bagai api dengan rabuk. 2. Umpama minyak setitik,di laut sekalipun timbul juga..

Contoh: Awak telah menjadikan mereka bagai kucing dengan
panggang kerana budak lelaki itu sudah terkenal dengan perbuatan maksiat dan pantang jumpa budak perempuan.


Bagai kucing dibawakan lidi.

Makna: Sangat ketakutan.
Sama erti: 1. Seperti kucing dibawakan penyapu. 2. Bagai kambing dengan harimau. 3. Umpama orang pelihara dirinya di dalam sarang lebah.

Contoh: Dia telah banyak kali buat kesalahan hinggakan takut
bagaikan kucing dibawakan lidi apabila bertemu dengan polis.


Bagai kucing kehilangan anak.

Makna: Kehilangan akal, bingung.
Sama erti: Seperti kucing di atas titian.

Contoh: Selepas kematian anaknya yang dikasihi, ia seolah-olah jadi orang hilang akal dan kebingungan bagai kucing kehilangan anak.


Bagai kucing lepas senja.

Sama erti: 1. Sukar dicari, merasa senang. 2. Seperti kijang
lepas ke rimba.

Contoh: Sudah dua hari saya mencari dia tetapi tidak berjaya
kerana di Kuala Lumpur ini dia suka merayau bagai kucing lepas senja.


Bagai kucing menjemput api.

Makna: Yang tidak dikehendaki tidak tercapai, alat yang
digunakan untuk capai maksud itu pula hilang.
Sama erti: Lepas putih hitam tidak dapat.

Contoh: Bapanya telah banyak menghabiskan wang untuk membiayai pelajarannya di luar negeri tetapi usaha bapanya itu bagai kucing menjemput api; wang habis pelajaran anak tidak berhasil.


Bagai kucing takut akan balur.

Makna: Lelaki yang takut kepada perempuan.
Sama erti: 1. Misai bertaring bagai panglima, sebulan sekali tak bunuh orang. 2. Jangan berkemudi di haluan.

Contoh: Di kedai kopi dialah pandai dan handal tetapi di rumah takut kepada isteri bagai kucing takut akan balur.

Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada.

Makna: Cukup mempunyai segala yang diperlukan.

Sama erti: 1. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang 2. Seperti ayam makan rumput. 3. Ingin hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tidak.

Contoh: Kalau dia dibenar untuk meneruskan pelajarannya bagi mencapai cita-citanya kenapa tidak anak kita. Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada. Semua syarat yang diperlukan ada pada anak kita.



Apa payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir atas bawah.

Makna: Mudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya.
Sama erti: 1. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya 2. Bagai menyandang galas tiga.

Contoh: “Saya rasa kita perlu sediakan peruntukan kewangannya dahulu kemudian baharulah kita fikirkan besar mana majlis itu hendak diadakan. Saya tak mahu cadangan saja banyak tapi yang mengerjakannya nanti sedikit sahaja. Maklumlah, apa payahnya menawakkan bibir atas bawah.


Apa payahnya mengoyangkan lidah saja.

Makna: Banyak janji tetapi tidak ditepati.
Sama erti:Lidah tiada bertulang (Shellabear, 1960).

Contoh: Apa payahnya menggoyangkan lidah saja! modalnya hanya air liur. Tetapi untuk melaksanakan kata- kata itu, pasti timbul banyak masalahnya.


Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh.

Makna: Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.
Sama erti:Apa ruginya berbini sumbing, marah pun tersenyum juga.

Contoh: En. Basri memberitahu isterinya yang dia terpaksa pulang lewat malam kerana menyelesaikan tugas-tugas pejabatnya. Sebenarnya ia bersuka-suka dengan teman wanitanya. Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh adalah pegangan En. Basri.


Apa tampangnya, itulah tumbuhnya.

Makna: Hasil sesuatu pekerjaan itu mengikut ukuran usaha yang kita kerjakan.
Sama erti: 1. Sariat palu memalu, hakikat balas membalas. 2. Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh 3. Terpijak di tanah kapur, putih tapak, terpijak di tanah arang, hitam tapak.

Contoh: Ahmad seorang peneroka yang gigih lagi rajin. Tiap-tiap hari dia bersungguh-sungguh mengerjakan ladangnya. Tidak hairanlah kenapa ia mendapat hasil yang begitu lumayan, apa tampangnya itulah tumbuhnya.


Apabila orang miskin menghendaki wang dia mendapat anak, apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang.

Makna: Hasil yang berlawanan dengan keinginan: Lain yang dihajati, lain yang diperoleh
Sama erti: 1. Lain diniat lain ditakdir, lain diacah lain yang jadi 2. Niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit. 3. Suruh putih, hitam datang (3813).

Contoh: Apabila orang miskin menghendaki wang dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak dia mendapat wang. Begitulah yang terjadi kepada anak sulung Pak Sudir; lain orang yang dipinang, lain orang yang dijodohkan dengannya.


Apabila tumbuh nyiur itu patah, tumbuh nyiur juga akan gantinya.

Makna: Ganti yang hilang mesti yang sama pula.

Sama erti:1. Sepuluh bintang bertabur, bolehkah sama dengan bulan yang satu 2. Patah tumbuh hilang berganti. 3.Bagai tembilang bagai penggali; begitu yang hilang begitu pengganti.

Contoh: Ahmad telah dilucutkan jawatannya sebagai pengurus. Kini ia menganggur kerana ia tidak akan menerima jawatan lain selain dari jawatan pengurus. Bagi Ahmad, apabila tumbuh nyiur itu patah, tumbuh nyiur juga akan gantinya.


Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar.

Makna: Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja.
Sama erti: Seperti buku gaharu

Contoh: Saya rasa, ilmu yang kita tuntut ini hendaklah dicurahkan kepada anak bangsa kita untuk dimanfaatkan oleh mereka. Lagi pun, apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar. Hidup atau mati kita, tak siapa pun yang tahu, jadi selagi kita hidup, biarlah membuat jasa.


Apakah gunanya memasang dian ditengah hari, jika malam alangkah baiknya.

Makna: Perkara yang sudah diketahui orang tak perlu diterangkan lagi.
Sama erti: Bersuluh di tengah hari.

Contoh: Perbuatan engkau itu membuang masa saja. Perkara ini tak perlu engkau mencari alasan untuk menafikannya. Apakah gunanya memasang dian di tengah hari, jika malam alangkah
baiknya. Hal engkau semua orang dah tahu. Bertaubat sajalah!

Apa lagi sawa, ia berkehendakkan ayamlah!.

Makna: Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya.
Sama erti: Bagai biawak mengulangibangkai.

Contoh: Puan Zaiton sangat berminat mengumpul barang-barang cantik. Semasa berada di London, suaminya membawa beliau ke sebuah kedai yang menjual barang-barang antik. Apa lagi sawa, ia berkehendakkan ayamlah! Puan Zaiton tidak melepaskan peluang yang diberikan oleh suaminya.


Apalagilah, pemakan berulam bertemu pucuk.

Makna: Orang yang bertemu dengan barang kesukaannya.

Sama erti: 1. Pucuk dicita ulam mendatang. 2. Bagai perempuan bunting bertemu idamannya 3. Seperti tebu lepas ke dalam mulut gajah, payah akan keluar (3639).

Contoh: Setelah sekian lama ia berhajat untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi, baru kini ia mendapat tawaran dari sebuah universiti luar negeri. Apa lagilah, pemakan berulam bertemu pucuk, dia menerima tawaran itu dengan riang sekali.


Api dengan air, alangkah bezanya.

Makna: Jahat dengan baik amat jauh bezanya.
Sama erti: 1. Bagaibumidenganlangit 2. Seperti sayur dengan rumput.

Contoh: Ali seorang yang baik dan dihormati oleh jiran-jirannya. Tetapi adiknya Husain tersangat jahat. Mereka selalu bertentangan kerana berbeza pendapat, bak kata orang, api dengan air, alangkah bezanya.


Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan.

Makna: Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat.

Sama erti:(1)Ah bungkuk, jangan menyerangguh. 2. Kecil-kecil, anak; kalau sudah besar, menjadi onak. 3. Sedang rebung baik di patah, jadi buluh melepuh jari.

Contoh: Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan, begitulah prinsip yang dipegang oleh pengetua sekolah itu. Murid-murid yang mengingkari peraturan sekolah walaupun merupakan kesalahan kecil, akan tetap menerima hukumannya supaya kesalahan demikian tidak akan berulang.


Api kecil baik dipadam.

Makna: Basmilah kejahatan itu semasa ia masih kecil lagi.

Sama erti: 1. Sesat surut, terlangkah kembali. 2. Tempang gajah berjalan dek sepuntung duri di tapak kaki.

Contoh: Mak Munah memberi perhatian yang serius ke atas lap? orang yang diterima dari pihak sekolah berhubung dengan kelakuan anaknya. Ia akan bertindak untuk memperbaiki kelakuan anaknya kerana baginya, api kecil baik dipadam.


Api makan sekam (= dedak).

Makna: Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi.

Sama erti: Gunting dalam lipatan.

Contoh: Rasa marahnya pada orang tengah yang memeras serta menindas masih tetap membara di hatinya, bagai api dalam sekam.


Api yang tak hujung padam.

Makna: Semangat yang hidup selama-lamanya.
Sama erti: Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Contoh: Semangat untuk berjuang membebaskan tanah air sentiasa mengalir dalam tubuhnya bagai api nan tak hujung padam.


Api padam puntung berasap.

Makna: Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan kembali.
Sama erti: 1. Rumah sudah pahat berbunyi. 2. Berbalik-balik bagai kuda terceret.

Contoh: Rungutan dari parti-parti pembangkang berhubung dengan keputusan pilihanraya yang lalu bolehlah dianggap seperti api padam puntung berasap.


Api padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi.

Makna: Cerita yang sudah tamat, benar-benar sudah selesai.
Sama erti: Genting putus, biang tembuk. (Loh Woh Ching, 1986).

Contoh: Perkara yang menyedihkan itu telah lama dilupakan dan tidak mahu mendengarnya lagi. Segala- galanya telah selesai, api padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi.


Apung di tengah lautan, dipukul ombak sekejap ke tengah, sekejap ke tepi.

Makna: Orang dagang yang melarat hidupnya.

Sama erti: 1. Seperti beting dipalu ombak. 2. Bagai cupak hanyut. 3. Seperti daun kering ditiup angin di tengah padang.

Contoh: Hidupnya bagai apung, di tengah lautan, dipukul ombak sekejap ke tengah, sekejap ke tepi. Tidak ada insan lain yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya.

Ara tak bergetah.

Makna: Suatu perkara yang mustahil.

Sama erti: 1. (Menantikan) kucing bertanduk. 2. Puntung berasap. 3. (Menantikan) masak buah rembia. 4. Menanti kuaran bertelur. 5. Bakar air ambil abunya.

Contoh: Sejak kepulangan ke kampung, setelah menjalani hukuman penjara, kejadian curi sering berlaku di kampung itu. Mereka mengesyakinya bertanggungjawab di atas kejadian itu. Kata
mereka masakan ara tak bergetah.


Arang di dahi (= di kening, di muka).

Makna: Mendapat malu.
Sama erti: Seperti cicak makan kapur (3461).
Contoh: Dengan tidak disangka-sangka keluarga Pak Mat yang terkenal dengan baik budi itu telah terpalit arang di dahi, apabila seorang dari anaknya telah ditangkap oleh polis dan dituduh mengedar dadah.


Arang habis besi binasa.

Makna: Pekerjaan yang sia-sia.

Sama erti: 1. Seperti menghitung buah kerayung. 2. Seperti mencari jejak di air. 3. Seperti membilang bulu kambing. 4. Menakik darah di batu.

Contoh: Pak Ali telah menjualkan harta benda kepunyaannya untuk membiayai pengajian anaknya di luar negeri. Tetapi segala pengorbanan Pak Ali itu telah disia-siakan oleh anaknya. Kini Pak Ali telah jatuh papa, arang habis besi binasa.


Arang habis binasa, tukang hembus penat saja.

Sama erti: 1. Pelabur habis, pelembang tak alah. 2. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi. 3. Seperti membubul jala buruk.

Arang itu jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih.

Sama erti: 1. Gagak dimandikan tujuh kali seharipun, takkan putih bulunya. 2. Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun tidak akan menjadi putih bulunya.

Contoh: Penjenayah itu baharu saja bebas dari tahanan dan telah kembali ke pangkuan keluarga. Walaupun ia diterima oleh keluarganya dengan senang hati tetapi orang lain masih mencurigainya. Maklumlah, arang itu jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih.


Asal ada kecilpun pada.

Makna: Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga.
Sama erti: 1. Dalam menyelam cetek bertimba. 2. Daripada cempedak baik nagka (Shellabear, 1960).

Contoh: Sudahlah, jangan bersedih lagi. Sudah tak menjadi rezeki engkau. Cukuplah dengan apa yang kau telah perolehi, asal ada kecilpun pada.


Asal ayam ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan.

Makna: Tabiat orang tak mungkin berubah.
Sama erti: 1. Seperti gagak pulang ke benua. 2. Sepuluh jong masuk, anjing tetap bercawat ekor.

Contoh: Meskipun telah lama ia meninggalkan kampungnya dan menetap di bandar, ia masih meneruskan kegemarannya memikat burung pada setiap hujung minggu. Bak kata orang, asal ayam ke lesung, asal itik ke perlimbahan.


Asal berinsang ikanlah.

Makna: Tidak memilih (Pekerjaan, makanan, perempuan dsb.)
Sama erti: 1. Bagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka (479). 2. Umpama anjing makan muntahnya. (Shellaberar, 1960).

Contoh: Ali telah membulatkan tekadnya untuk ke bandar dan mencari pekerjaan di sana. Meskipun ia sedar yang ia tiada kelayakan yang tinggi untuk menjaminkan kerja yang baik
untuknya tetapi azamnya cukup kuat untuk ke sana. Ia akan menerima apa saja pekerjaan. Ia tidak berkira-kira lagi, asal berinsang, ikanlah.


Asal berisi tembolok senang hati.

Makna: Sudah cukup makan dan minum maka senanglah hati.
Sama erti: Ada hari ada nasi.

Contoh: Memang sudah menjadi tabiat Roslan sejak dari dulu lagi, tidak mahu berusaha lebih untuk mengubah nasibnya. Dia hanya bekerja sekadar untuk cukup makan dan pakainya sahaja sudah menyenangkan hatinya ibarat kata pepatah, asal berisi tembolok senang hati.


Asal besi pengapak kayu, asal mas menjadi penduk.

Makna: Darjat sesorang dapat ditentukan pada sifat perangainya. Sama erti: 1. Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli. 2. Bahasa menunjukkan bangsa. 3. Sebab buah kekenalan pohon. 4. Usul menunjukkan asal.

Contoh: Cikgu Othman amat disukai oleh murid-muridnya di sekolah kerana sikapnya yang baik hati. Sikapnya ini juga sangat digemari oleh masyarakat kampungnya yang amat sesuai dengan sikap seorang guru seperti asal besi pengapak kayu, asal mas menjadi penduk.


Asal ditugal, adalah benih.

Makna: Sesuatu usaha tentu ada hasilnya.
Sama erti: Ada ubi ada batasnya.

Contoh: Asal ditugal adalah benihnya. Begitulah yang terjadi kepada Hussein kerana telah berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan SPM baru-baru ini hasil daripada usaha gigih yang diamalkan selama ini.


Asal sabut terapung, asal besi tenggelam.

Makna: Untung-untungan, kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasih malang tentu jatuh.

Contoh: Keluarga Hj. Ahmad terpaksa juga bertolak ke Kuala Lumpur pada malam itu kerana mendapat telegram yang mengatakan anaknya sakit kuat walaupun banjir dijangka melanda di seluruh negara. Mereka semata-mata berserah kepada nasib, asal sabut terapung, asal besi tenggelam.


Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya.

Makna: Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterima.
Sama erti: 1. Condong ditampil, lemah dianduh. 2. Seperti orang mati; jikalau tiada orang mengangkat, bilakah bergerak.

Contoh: Sudah dua hari pengemis itu tidak makan. Dia merayau-rayau ke sana ke mari di dalam kampung itu untuk meminta apa-apa jua bantuan daripada orang ramai; asalkan dia tidak mati kebuluran seperti pepatah asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya.

Asal terbang burunglah, asal berinsang ikanlah.
Makna: Tidak memilih.
Sama erti: Bagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka.

Contoh: Sejak tersebarnya berita lima orang banduan berjaya melepaskan diri daripada penjara Pudu, maka orang-orang perempuan sama ada isteri orang janda atau anak gadis takut dan
tidak lagi merayap-rayap seorang diri hingga lewat malam kerana banduan itu tidak boleh melihat orang perempuan dan tidak kira sama ada isteri orang, janda atau gadis akan dirogolnya seperti kata pepatah, asal terbang burunglah, asal berinsang ikanlah.


Asam di darat ikan di laut, temu dalam belanga.

Makna: Perepuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.
Sama erti: 1. Garam di laut asam digunung, bertemu dalam belanga juga. 2. Laksana garam dengan asam.

Contoh: Walaupun kedua-dua orang kekasih itu terpaksa berpisah selama lima tahun kerana melanjutkan pelajaran masing-masing di negara yang berlainan tetapi mereka berkahwin juga akhirnya setelah tamat pengajian mereka. Benarlah seperti kata orang, asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga.


Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan.

Makna: Tak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha.
Sama erti: 1. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu. 2. Kurang sisik, tinggal lidi dibuku; kurang selidik tinggal kaji di guru. 3. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.

Contoh: Semua rakannya mendapat pekerjaan setelah tamat persekolahan tetapi Zulkifli asyik memangku tangan, mati di dalam angan-angan kerana dia tidak pernah berusaha untuk
mendapatkan kerja. Semata-mata mengharapkan orang menawarkan kerja kepadanya.


Atap rumbia perabung upih, rumah besar berdinding papan.

Makna: Barang yang baik dicampurkan dengan barang yang buruk.
Sama erti: Amra disangka kedondong.

Contoh: Barang-barang perhiasan di rumah Datuk Muhammad itu tidak begitu menarik lagi kerana atap rumbia perabung upih, rumah besar berdinding papan. Dulu barang-barang yang cantik itu tidak dicampurkan dengan barang-barang lama yang sudah tidak menarik lagi.


Aur ditanam betung tumbuh.

Makna: Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit.

Sama erti: 1. Paksa terkukur padi rebah; paksa tikus lengkiang terbuka. 2. Tidak berluluk mengambil cekarau.

Contoh: Aur ditanam betung tumbuh, begitulah rezeki yang diterima oleh peniaga itu yang amat baik budi bahasanya. Walaupun dengan modal yang kecil sahaja dikeluarkan untuk warungnya, tetapi dia telah mendapat keuntungan yang banyak kerana orang ramai tidak putus-putus makan minum di warungnya.


Haus telunjuk mencolek garam.

Makna: Hidup dalam kemiskinan.
Sama erti: 1. Anggap-anggap bagai rumput di tengah jalan. 2. Berkain tak cukup sebelit pinggang. 3. Bersawah sepiring tidak, kan tempat sepasin bertanya. 4. Kain basah kering
dipinggang. 5. Teranggit-anggitseperti rumput di pintu. 6. Terlentang berisi air, tertiarap berisi tanah. 7. Seperti kain buruk dibakar tak berbau.

Contoh: Petani-petani di kampung dalam itu hidup seperti aus telunjuk mencolek garam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana tidak ada usaha langsung yang dijalankan oleh kerajaan untuk membaiki nasib penduduk kampung yang miskin itu.

Awak alah gelanggang usai.

Makna: Ditimpa kemalangan yang tidak dapat diatasi lagi.
Sama erti: 1. Langit menyungkup kepala. 2. Langit runtuh, bumi cair.

Contoh: `Apa boleh buat Man, awak alah gelanggang usai kerana kaki Man tak boleh diselamatkan lagi dan terpaksa dipotong apabila dilanggar oleh kereta kelmarin.’ Pujuk En. Rahim kepada anaknya.


Awak hendak kehilir, ia telah hanyut.

Makna: Cita-cita yang telah didahului oleh orang lain.
Sama erti: Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang.

Awak kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi.

Makna: Mengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan dengan kesanggupan diri sendiri.

Sama erti: 1. Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai. 2. Telinga rabit pasang subang di kaki.

Contoh: Awak kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi, mana boleh jadi’, kata Sukarni menyindir kerana kawannya itu berangan-angan hendak membeli kereta BMW, sedangkan kerjanya menjual `burger’ sahaja.


Awak kurus daging menimbun.

Makna: Orang kaya yang pura-pura miskin.

Contoh: Saya amat terkejut apabila bertemu dengan Encik Bakar yang terkenal dengan kekayaannya tetapi menunggang basikal buruk sahaja apabila pergi ke bandar. Rupa-rupanya sudah menjadi kebiasaan beliau bersikap begitu, awak kurus daging menimbun.


Awak tikus, hendak menampar kepala kucing.

Makna: Melakukan sesuatu yang mustahil.
Sama erti: 1. Bakar air ambil abunya. 2. Kalau kucing keluar tanduk Belanda masuk Islam, baru boleh jadi. 3. Langit akan disigai, tebat akan disiar. 4. Mencari umbut dalam batu. 5. Takkan boleh bersiul sambil meminum air.

Contoh: Kepala kucing adalah sesuatu yang mustahil kerana awak adalah rakyat biasa, bagaimana hendak mengubal undang-undang negara ini’. Kata Cikgu Ramli.


Awak menangis diberi pisang.

Makna: Pujukan yang tepat.
Sama erti: Orang lapar diberi nasi.

Contoh: Seseorang yang berada di dalam kemarahan, kita tidak boleh menentangnya tetapi kita hendaklah memerhatikannya kerana itu adalah merupakan tindakan yang tepat seperti kata orang awak menangis diberi pisang.


Awak rendah sangkutan tinggi.

Makna: Besar belanja dari pendapatan.
Sama erti: 1. Besar dari tiang, besar sendal dari gelegar. 2. Besar senggulung dari beban. 3. Besar suap daripada mulut. 4. Kecilbahanbesar penyimpannya. 5. Masuk lima keluar sepuluh. 6. Tinggi duduk dari cangkung.

Contoh: Macam mana awak hendak senang kearana apabila dapat gaji, awak berbelanja sangat boros dan melebihi daripada pendapatan yang sebenar. seolah-olah awak rendah sangkutan tinggi’, kata ketua pejabat itu kepada kakitangan di bawahnya.

Awak sakit daging menimbun.

Awak celaka, orang yang diumpat.

Makna: Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dsb.) orang lain yang disesalkan.

Sama erti: 1. Buruk muka cermin dibelah. 2. Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit. 3. Tidak tahu menganyam, pandan disalahkan.

Contoh: Kekalahan pasukan bola sepak itu samalah seperti awak yang celaka, orang yang diumpat kerana mereka tidak mahu menerima kekalahan itu disebabkan oleh kelemahan mereka kerana
tidak cukup tenaga sebaliknya jurulatih mereka yang dipersalahkan.


Awak yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagunya.

Makna: Orang lain yang bersusah payah, orang lain pula yang mendapat faedahnya.

Sama erti: 1. Bergendang air orang. 2. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas. 3. Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita. 4. Kerbau sakit, sapi yang beroleh nama.

Contoh: Memang tidak patut, aku yang bersusah payah menamam pokok buah-buahan itu, dia senang-senang datang mengambil hasilnya, sudahlah begitu dijualnya pula dipasar minggu’, kata
Pak Kassim kepada isterinya. `Memang nasib awak begitu, awak yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagunya’, kata isterinya pula.


Awal dibuat, akhir diingat.

Makna: Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

Sama erti: 1. Berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati. 2. Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah. 3. Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian.
4. Dibalik-balik bagai memanggang. 5. Jenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan. 6. Sepuluh kali ukur sekali kerat.

Contoh: Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, tidak kira pekerjaan itu senang atau susah, kita hendaklah berfikir sedalam-dalamnya supaya kita tidak kecewa dikemudiannya. Ibarat
kata pepatah, awal dibuat, akhir diingat.


Awal dikenal akhir tidak, alamat badan akan rosak.

Makna: Orang yang tidak berhati-hati melakukan pekerjaannya tentulah akhirnya akan menyesal dan kecewa.

Sama erti: 1. Deras datang dalam kena. 2. Rosak tapai kerana ragi. 3. Umpama ayakan dawai.

Contoh: Azmi tidak patut menyesal dengan apa yang telah menimpa dirinya kerana dia tidak berhati-hati apabila melakukan pekerjaan itu. Dia fikirkan apa yang dilakukannya itu baik
belaka tanpa memikirkan bahawanya, bak kata orang, awal dikenal akhir tidak, alamat badan akan rosak’, kata Azman kepada rakannya.


Ayam baru belajar berkokok.

Makna: Baru cukup umur.
Sama erti: 1. Belum tahu di masin garam. 2. Budak-budak makan pisang. 3. Darah setampok pinang.

Contoh: Kata Azman `Ayam baru belajar berkokok, mana boleh lawan dengan orang yang lebih matang daripadanya. Sepatutnya, budak itu mengalah lebih awal lagi di dalam isu yang diperdebatkan itu’.


Ayam berinduk, sirih berjunjung.

Makna: Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan.

Sama erti: Di mana tempat kutu hendak makan jikalau tidak di atas kepala.

Contoh: Di dalam masyarakat kita hari ini masih ramai yang hidup di dalam kemiskinan dan memerlukan bantuan serta perlindungan apabila ditimpa kesusahan. Ibarat kata orang, ayam berinduk, sirih berjunjung.


Ayam berlaga sekandang.

Makna: Berkelahi dengan orang serumah.

Sama erti: 1. Gigi dengan lidah adakalanya bergigit juga. 2. Ribut dalam cawan.

Contoh: Boleh dikatakan hidup suami isteri itu sebagai ayam berlaga sekandang, tidak pernah aman kerana sentiasa bergaduh sehingga telah menjadi buah mulut masyarakat di kampungnya.

Ayam beroga itu, kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya.

Makna: Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga kita akan negeri sendiri.

Sama erti: 1. Berapa tinggi terbang bangau akhirnyahinggap di belakang kerbau juga. 2. Umpama kijang dirantai dengan rantai emas jikalau lepas, lari juga ia ke hutan.

Contoh: Setelah 20 tahun merantau di negeri orang dan hidup mewah di sana, akhirnya Encik Omar kembali juga ke kampungnya untuk menziarahi sanak saudaranya. Kepulangannya ini seperti ayam beroga itu kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya.


Ayam bertelur di atas padi.

Makna: Hidup senang dan mewah.
Sama erti: Seperti tikus jatuh ke beras.

Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan.

Makna: Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar.

Sama erti: Itik berenang dalam air, kehausan.

Contoh: Walaupun dia bergaji besar tetapi hidupnya sentiasa tidak senang kerana tidak tahu bersyukur kepada Allah s.w.t. seperti ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan di samping
menanggung hutang yang banyak di keliling pinggangnya konon hendak berlagak.


0259: Ayam dapat, musang dapat.

Makna: Pencuri tertangkap, barang-barang pun tidak hilang.

Sama erti:

Contoh: Pihak polis telah menunjukkan ketangkasannya kerana telah berjaya menangkap pencuri yang telah mencuri di rumah orang kaya Bahaman dengan barang-barang yang dicurinya sekali. Tindakan polis ini samalah seperti ayam dapat musang dapat.


Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang.

Makna: Malang sekali; nasib yang buruk.
Sama erti: 1. Antan patah lesung hilang. 2. Sudahlah jatuh, tersungkur pula. 3. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Contoh: Malang sungguh nasib pemuda itu, ayam ditambat disambar helang, padi ditangan tumbuh lalang kerana sudahlah tunangnya dirampas orang, dia pula yang ditimpa kemalangan di jalan raya petang semalam hingga tidak sedarkan dirinya yang kini terlantar di hospital.


Ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun.

Makna: Kejahatan yang dilakukan di dalm sulit, sukar diketahui.
Sama erti: 1. Anak ikan di makan ikan. 2. Tahu makan tahu simpan. 3. Bagai dekan di bawah pangkal buluh.

Contoh: Kumpulan haram itu memang handal seperti ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun kerana setiap geraknya dilakukan dengan hati-hati dan sulit hingga sukar diketahui atau dikesan oleh sesiapa walaupun pihak polis.


Ayam itik, raja pada tempatnya.

Makna: Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing.

Sama erti: 1. Adat pulau limburan pasang. 2. Kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit. 3. Murai biasa berkicau.

Contoh: Expo Perdagangan 1986 yang berlangsung di Pulau Pinang baru-baru ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya kerana tiap-tiap orang yang ditugaskan untuk menjayakan Expo itu mahir di dalam urusan masing- masing seperti ayam itik, raja pada tempatnya.


Ayam menang, kampung tergadai.

Makna: Keberuntungan yang tidak ada faedahnya.

Sama erti: 1. Di bilang genap dipapar ganjil. 2. Untung ada tuah tidak.

Contoh: Tidak guna lagi dia mendapat keuntungan yang banyak di dalam perniagaannya kerana anak dan isterinya telah mati di dalam kemalangan itu sedangkan dia berusaha siang dan malam adalah untuk kebahagiaan keluarganya. Nasibnya itu bolehlah diibaratkan ayam menang, kampung tergadai.

Ayam pulang ke pautan.

Makna: Sudah pada tempatnya.
Sama erti: 1. Bersua beliung dengan sangkal. 2. Pinang pulang ke tampuk. 3. Sirih pulang ke gagangnya. 4. Tiba dirusuk menjeriau.

Contoh: Pasangan pengantin diraja itu seperti ayam pulang ke pautan kerana sudah kena pada tempatnya iaitu sama cantik dan sama padan sehingga telah menjadi buah mulut rakyat di seluruh negara.


Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak.

Makna: Perkara yang nyata mudah ketahuan.
Sama erti: Bagai denai gajah lalu.

Contoh: Orang terkaya di kampung i u telah menderma $10.00 kepada mangsa kebakaran. Gambarnya terpampang di dalam akhbar Utusan Malaysia. Ini menyebabkan rata-rata orang ramai mengatakan orang kaya itu adalah ayam putih terbang siang, hingap di halaman, terang kepada mata orang banyak.

Ayam seekor bertambang dua.

Makna: Gadis seorang dua bujang yang ingin.
Sama erti: 1. Balam dua sesangkar. 2. Enau sebatang dua sigainya. 3. Gajah seekor gembala dua. 4. Pelesit dua sejinjang.

Contoh: Dua orang pemuda itu telah lama tidak bertegur sapa sehinggakan kerapkali telah terjadi pergaduhan kerana berebut seorang gadis cantik di kampungnya. Keadaan ini samalah seperti
ayam seekor bertambang dua.


Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam.

Makna: Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya.

Contoh: Walaupun dahulunya dia terkenal dengan kaki judi dan kaki botol sehingga melarat hidupnya tetapi sekarang nampaknya dia telah banyak berubah semenjak tinggal bersama-sama dengan keluarga angkatnya Hj. Abdullah. Nasibnya itu diibaratkan sebagai ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam.

Ayam tak patuk, itik tak sudu.

Makna: Keadaan orang dihina dalam masyarakat.
Sama erti: 1. Anjing tidak bercawat ekor. 2. Bagai anjing buruk kepala. 3. Seperti anjing kepala busuk. 4. Si kutuk beras basah, ditampi tak berlayang, diindang tak berantah, unjungnya tidak disudu oleh itik.

Contoh: Semenjak ibu bapanya meninggal dunia tanpa meninggalkan sedikit harta pun, hidupnya semakin melarat dan hina disisi masyarakat. Apa saja yang dibuatnya adalah serba tak kena seperti ayam tak patuk, itik tak sudu.


Ayam terlepas tangan bau tahi.
Contoh: Walaupun orang kampung tidak memukulnya sebaik sahaja ditangkap kerana mencuri, tetapi perasaan malu kepada orang-orang kampung tidak akan hilang kerana selama ini dia terkenal sebagai seorang pemuda yang baik. Perkara ini samalah seperti ayam terlepas, tangan bau tahi.


Ayam terlepas tangan tercirit.

Contoh: Dalam pertemuan di pinggir Kebun Bunga pada malam itu, Mansur cuba melakukan perkara jahat kepada Munah. Munah menjerit. Seorang pengawal yang sedang meronda di kawasan itu mendengar jeritan Munah. Munah diselamatkan. Nasib Mansur seperti ayam terlepas tangan tercirit.

Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling.

Makna: Tidak senang melihat kebahagian orang.
Sama erti:1. Bangau-bangau minta aku lehar, badak-badak minta aku daging. 2. Ular menelan babi cacing yang bengkak perut.

Contoh: Oleh kerana hajatnya untuk mengahwini gadis idamannya itu tidak tercapai maka pemuda itu telah berikhtiar sedaya upayanya untuk merosakkan pasangan suami isteri itu dengan menggunakan bomoh-bomoh. tindakannya ini sama seperti ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling.

Ayam yang tangkas digelanggang.

Makna: Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.

Sama erti:

Contoh: Apabila bercakap di dalam mana-mana majlis pun, pegawai penerangan itu mendapat perhatian dan tepukan yang gemuruh daripada para hadirin kerana dia sangat petah dan pandai bercakap mengenai satu-satu isu. Maklum sajalah, dia adalah seperti ayam yang tangkas di dalam gelanggang.


Babi merasa gulai.

Makna: Menyama-nyamai orang berpangkat tinggi.
Sama erti: 1. Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang. 2. Cacing hendak menjadi naga. 3. Helang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga. 4. Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar akhirnya mati kebebangan. 5. Seperti pipit menelan jagung. 6. Tiang pendak hendak menyamai tiang panjang.

Contoh: Tabiatnya itu samalah seperti babi merasa gulai kerana apa-apa juga tindakan atas cakapnya samalah seperti lagak seorang yang kaya atau berpangkat sedangkan dia adalah seorang yang hidupnya susah.

Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.

Makna: Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.
Sama erti: Telah berbau bagai bacang.

Contoh: Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga. Begitulah yang terjadi kepada Atan yang telah gagal di dalam peperiksaan SPM dengan mendapat Pangkat ke-IV menyebabkan dia merasa amat malu dan tidak memberitahu kepada sesiapa pun di kampunnya sedangkan orang kampung sudah mengetahuinya melalui seorang guru di kampungnya.


Badak makan anak.

Makna: Kiasan kepada orang yang membuang anaknya sendiri kerana takut malu dan sebagainya.

Sama erti:
Contoh: Di dalam cita-cita hikayat terdapat banyak peristiwa yang menujukkan seseorang raja yang bersikap seperti badak makan anak. Tindakan membunuh anaknya terpaksa dilakukan kerana didapati anaknya lebih pintar daripadanya.


Badan bersaudara, emas perak tiada bersaudara, kasih
saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa.

Makna: Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta - benda.


Contoh: Semasa ibu bapa mereka masih hidup, kelima-lima orang adik beradik itu sentiasa hidup di dalam keadaan yang penuh kasih sayang tetapi akhirnya telah menjadi porak-peranda apabila kedua ibu bapa mereka meninggal dunia akibat berebut harta pusaka. Memang menjadi adat manusia, badan-badan bersaudara, emas perak tiada bersaudar; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa.


Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki.

Makna: Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

Contoh: Walaupun rakyat di negara ini berada di bawah
pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, tetapi tidak semestinya semua rakyat terpaksa mematuhinya kerana mereka bebas bersuara selaras dengan pemerintahan demokrasi yang diamalkan oleh kerajaan. Ibarat kata pepatah, badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki.


Badan sudah senyawa.

Makna: Sudah sehidup semati.
Sama erti: 1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
2. Bulat segiling, pecah setapik. 3. Pipih boleh dilayang,
bulat boleh digulingkan. 4. Pipih boleh dilayang, bulat
boleh digulingkan. 5. Terapung sama hanyut, terendam sama basah.

Contoh: `Usahlah hendak diugut atau hendak dicabar lagi kedu-dua orang teman karib itu, mereka tidak gentar dan tidak takut mati kerana mereka, badan sudah dua senyawa’, kata ketua penjahat itu.


Bagai air di daun talas.

Makna: Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah.
Sama erti: 1. Anak sungai lagi berubah, inikah pula hati orang.
2. Bagai pancang diguncang arus. 3. Baling-baling di atas
bukit. 4. Hati bagai baling-baling. 5. Sebagai pimping
dilereng bukit. 6. Seperti panji-panji ditiup angin. 7.
Pahamnya bagai getah cair.

Contoh: Di dalam mesyuarat agung yang diadakan baru-baru ini, Sanusi tidak lagi terpilih sebagai setiausaha persatuannya
kerana selama ini ia bersikap tidak tegas dan dia selalu berubah bagai air di daun talas sahaja.


Bagai air mencari jenisnya.

Makna: Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti- henti;usaha dengan tidak mengenal jerih payah.

Sama erti: 1. Biar penat badan asalkan senang hati. 2. Mutiara tiada dimuntahkan timbul oleh laut.

Contoh: Walaupun hidup Cikgu Khalid sudah terjamin setelah
mendapat ijazah daripada Universiti Sains Malaysia beberapa
tahun dulu tetapi beliau masih tidak nemu-jemu belajar untuk menambahkan pengetahuannya dengan melanjutkan pelajarannya ke luar negeri pula. Orang-orang kampungnya mengatakan usaha cikgu Khalid itu sebagai air mencari jenisnya.

Bagai air titik ke batu.

Makna: Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
Sama erti: 1. Air di daun keladi. 2. Kalis bagai air di daun
keladi. 3. Menampal kerisik ke buluh.

Contoh: Ibu bapa Yusri sudah berputus asa terhadap anaknya yang tidak pernah mendengar nasihat mereka supaya jangan berkawan dengan budak-budak yang jahat di kampungnya tetapi Yusri tetap berdegil. Nasihat ibunya babapnya itu bagai air titik ke batu.

Bagai anak dara mabuk andam.

Makna: Lemah lesu tanpa penyakit.
Sama erti: 1. Seperti mayat ditegakkan. 2. Seperti orang mabuk gadung. 3. Seperti cendawan dibasuh.Üj[1]ÜŒContoh: Oleh kerana budak itu berbadan kecil dan kurus pula, ia kelihatan lemah dan lesu tetapi sebenarnya bukanlah berpenyakit seperti yang disyakkan. Dia amat cergas apabila membuat sesuatu kerja, bagai anak dara mabuk andam.


Bagai anak dara sudah berlaki.

Makna: Anak perawan yang tiada malu,pemalas dan pengotor.
Sama erti: 1. Seperti berlaki anak semang. 2. Seperti berlaki
anak orang gajian.

Contoh: Amilah akan pergi ke mana sahaja yang ia suka tanpa menghiraukan pakaiannya yang tidak bertukar beberapa hari. Rambutnya pula yang tidak bersikat, kusut-masai menyebabkan ia digelar bagai anak dara sudah berlaki.


Bagai anak nangui.

Makna: Banyak sekali.
Sama erti: 1. Seperti batu di pulau. 2. Seperti kersik di
pulau.

Contoh: Projek ternakan Ah Chong sangat berjaya di Ulu Biram. ternakannya seperti itek dan ayam bagai anak nangui dan meliputi kawasan yang amat luas.


Bagai anak sepat ketohoran.

Makna: Berbaring dan bermalas-malas sahaja di rumah orang lain.
Sama erti: 1. Seperti birah tidak berurat. 2. Menari (=
meretak) di ladang orang.

Contoh: Mak Minah sudah hilang sabar. Setiap hari apabila ia balik dari ladang, didapati anaknya tidak mengemas dan memasak untuk tengahari di rumah. Aziah anaknya itu selalu ke rumah jirannya di seberang untuk berbual dan berehat-rehat di sana
bagai anak sepat ketohoran.

Bagai anjing beranak enam.

Makna: Kurus sekali.
Sama erti: 1. Tinggal jangat pembalut tulang. 2. Tinggal kulit
pemalut tulang. 3. Tinggal tulang dengan kulit. 4. Kalau tak
ada kulit bercerailah (= rerak) tulang. 5. Seperti cicak
kobeng.
Contoh: Swee Lan telah lama mengidap penyakit jantung. Telah banyak wang dihabiskan untuk berubat tapi tidak juga pulih. Keadaan ini menyebabkan badannya menjadi kurus sekali bagai anjing beranak enam.


Bagai anjing buruk kepala.

Makna: Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat.
Sama erti: 1. Contoh pemakaian: Hari ini kebun jagung Pak Seman pula yang dilanyak oleh lembu-lembu Senin. Bila diberitahu padanya, orang pula yang disalahkan hingga selalu berlaku pergaduhan. Sikapnya yang tidak endah ini menjadikan ia bagai anjing buruk kepala.


Bagai anjing melintang denai.

Makna: Sangat gembira; sangat sombong.
Sama erti: 1. Seludang menolak mayang. 2. Sebagai kera
mendapat pisang. 3. Lonjak bagai labu dibenam. 4. Seperti
lonjak alu penumbuk padi.

Contoh: Sejak Mat Salleh berjaya dalam pilihanraya yang lalu,
isterinya sudah tidak mahu lagi bercampur-gaul dengan masyarakat di sekeliling. Perubahannya bagai anjing melintangi denai.


Bagai anjing tersepit di pagar.

Makna: Serba salah kerana di dalam kesusahan.
Sama erti: 1. Anjing terpanggang ekor. 2. Bagai ayam kena
kepala. 3. Seperti cicak termakan kapor. 4. Bagai cacing kena air panas. 5. Terkejar-kejar bagai kucing jatuh anak.

Contoh: Seman telah menjadikan rumahnya sebagai cagaran untuk membeli saham di Syarikat Ganda Wang Anda. Tiba-tiba syarikat itu telah melakukan penipuan. Ini bererti Seman akan kehilangan rumahnya. Keadaan ini menjadikan Seman bagai anjing tersepit di pagar.


Bagai api dengan rabuk.

Makna: Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tidak baik kalau diperdekatkan.

Sama erti: 1. Bagai kucing dengan panggang. 2. Pantang elang dengan ayam, lambat laun disambar juga. 3. Sepantun elang dengan ayam, lambat laun disambar juga. 4. Seperti kucing dengan anjing. 5. Tak boleh beetemu roma. 6. Bagai anjing dengan kucing.

Contoh: Aminah mengemukakan hujah untuk menegakkan pendapatnya.
Begitu juga dengan Fatimah, sehingga isu mesyuarat itu tidak
dapat diselesaikan. Sejak perbalahan itu mereka tida boleh
berdekatan sehingga digelar bagai api dengan rabuk.


Bagai ara hanyut.

Makna: Tidak terus berjalan ke tempat tujuan,tetapi singgah di jalan.
Contoh: Perjalanan yang jauh dari Alor Setar ke Kuala Lumpur menyebabkan Amin terpaksa berhenti di beberapa tempat untuk berehat dan makan. Perjalanan Amin ini bolehlah diibaratkan
bagai ara hanyut.


Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke
aur.

Makna: Satu sama lain bertolong-tolongan.
Sama erti: 1. Sepantun kasau dengan hubungan. 2. Lemah melapis condong menopang. 3. Kurang tambah menambah, senteng bilai-membilai. 4. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Contoh: Hasil daripada kerjasama penduduk-penduduk kampung,jambatan untuk menyeberangi Sungai Ruyong telah berjaya dibina.Ini memudahkan kanak-kanak sekolah dan masyarakat umumnya untuk pergi ke pekan. Semangat kerjasama penduduk-penduduk ini bagai aur bergantung ke tebing, bagi tebing bergantung ke aur.


Bagai aur di atas bukit.

Makna: Menyerah diri kepada nasib.

Sama erti: 1. Sabung selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi. 2. Secubit tiada menjadi segenggam. 3. Beras secupak tak akan menjadi segantang. 4. Sejengkal tak akan menjadi sehasta.

Contoh: Dina selalu gagal dalam mata pelajaran matematik semasa ujian bulanan. Kelemahannya ini tidka pernah dibaiki dengan berusaha lebih giat lagi seperti membuat banyak latihan atau ke kelas tambahan. Katanya kejayaannya dalam peperiksan nanti bagai aur di atas bukit.

Bagai ayam dibawa ke lampok.

Makna: Orang yang tidak pernah masuk ke majlis.
Sama erti: 1. Seperti rusa masuk kampung. 2. Ke dalam sumpit tak muat, ke dalam ambong longgar.

Contoh: Semasa mesyuarat jawatankuasa itu dijalankan, Seman terjerit-jerit ingin mengemukakan pendapatnya. Bila ideanya tidak diterima, ia akan menghentak-hentak meja dan terus keluar dari mesyuarat itu. Tingkah-lakunya bagai ayam dibawa ke lampok.


Bagai ayam dimakan (= kena) tungau.

Makna: Pucat dan kuning kerana mengidap penyakit; sangat gelisah kelakuannya.

Sama erti: 1. Pucat lesi bagai ayam kena lengit. 2. Seperti
ayam berak kapur. 3. Seperti mayat ditegakkan. 4. Bagai ikan mati.

Contoh: Telah banyak wang dihabiskan untuk mengubati penyakit Wak Ali, tetapi masih juga kurang berkesan sehingga badannya tidak berdaya. Akibat penyakit yang dialaminya itu menjadikan
badannya kurus, pucat bagai ayam dimakan tungau.


Bagai ayam disambar elang.

Makna: Mati tanpa sakit.
Sama erti: Panjang langkah, singkat permintaan.

Contoh: Encik Sukri tidak percaya dengan berita kematian
kawannya, kerana pada pagi kelmarin dia masih sihat dalam
perbincangan yang diadakan. Kematian kawannya itu bagai ayam disambar elang.


Bagai ayam kena kepala.

Makna: Tidak dapat berbuat apa-apa; bingung.
Sama erti: 1. Bagai burung jampuk kesiangan. 2. Bagai kucing kehilangan anak. 3. Seperti pikat kehilangan mata.

Contoh: Peristiwa negeri yang berlaku kepada keluarga Ali telah menyebabkan ia sukar untuk memberi keputusan muktamat. Situasi Ali ini bagai ayam kena lempar.

Bagai ayam lepas bertaji.

Makna: Seseorang mendapat kesusahan dan orang lain serba salah untuk menolongnya.
Sama erti: 1. Lulus tidak berselam, hilang
tidak bercari. 2. Luka di tangan dapat diubati, luka di hati
siapa tahu?

Contoh: Setelah kematian bapanya, Ali menghadapi pelbagai masalah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada di dalam syarikat bapanya itu. Ramai orang yang bersimpati dengannya. Keadaan Ali bagai ayam lepas bertaji.


Bagai ayam mabuk tahi.
Makna: Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah.

Sama erti: 1. Bagai ayam dimakan tungau. 2. Bagai ayam kena lengit. 3. Seperti ayam berak kapor 4. Seperti mayat
ditegahkkan. 5. Bagai ikan mati.

Contoh: Sejak Encik Tan mengalami kemalangan seminggu yang lalu kesihatan belum puleh lagi kerana ia perlu dimasukkan darah ke dalam badannya. Kesakitan yang berat ini menyebabkan beliau
dalam keadaan pucat bagai ayam mabuk tahi.


Bagai ayam mengarang telor.

Makna: Peri keelokan, merah muka seseorang.
Sama erti: 1. Bagai ayam mengeram telur. 2. Seperti emas baru disepuh. 3. Bagai telor dikupas. 4. Seperti bunga raya kembang pagi.

Contoh: Puan Zaiton baru seminggu bersalin, tetapi nampaknya ia berada dalam keadaan sihat dan wajahnya merah sahaja. Keadaannya bagai ayam mengarang telur.


Ada air, adalah ikan.

Makna: Apabila ada sesebuah negeri, maka ada pulalah rakyatnya.

Sama erti: Ada padang, ada belalang.
Contoh: Mereka menyangka kawasan dingin bersalji seperti Greenland itu tidak didiami orang, tetapi sebenarnya tempat itu didiami oleh orang Eskimo, seperti kata orang ada air, adalah ikan.


Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.

Makna: Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, tetapi jikalau berjauhan maka selalunya dilupakan.
Sama erti: Ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang.

Contoh: Dia itu bercakap saja manis, tetapi kalau waktu kita tidak ada dia akan cepat berpaling tadah; ….

Ada angin, ada pokoknya (pohonnya).

Makna: Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya.
Sama erti: 1. Jika hulunya keruh, hilirnya pun keruh juga. 2. Usul menunjukkan asal. 3. Daun mengenalkan pohonnya. 4. Buruk perahu, buruk pengkalannya.

Contoh: Tiap-tiap sesuatu yang ada di dunia ini tidak kekal kejadiannya. Begitulah juga ia mempunyai permulaan kejadiannya, bagaikan `ada angin, ada pokoknya’.


Ada bangkai, adalah haring.

Makna: Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya.

Sama erti: 1. Ada bau, adalah bangkai. 2. Ada bangkai, adalah ulat. 3. Di mana anjing menyalak, di situlah biawak menenjal.

Contoh: Setiap malam terdapat ramai orang-orang lelaki yang pergi ke kawasan pelacuran itu, kerana di situ terdapat ramai pelacur-pelacur yang masih muda. Hal ini umpama, `ada bangkai, adalah haring’.


Ada batang, cendawan tumbuh.

Makna: Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing.
Sama erti: 1. Lain lubuk, lain ikannya. 2. Lain padang, lain belalang.

Contoh: Kevin Barlow telah dijatuhkan hukuman bunuh akibat mengedar dadah di Malaysia, walupun beliau adalah rakyat Australia, kerana `ada batang, cendawan tumbuh’.


Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh.

Makna: Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.
Sama erti: 1. Rezeki helang tak akan dapat musang. 2. Ulat di dalam batu lagikan hidup.

Contoh: Di atas bumi Allah ini, ke mana sahaja kita pergi, kita akan mendapat rezeki darinya, kerana `ada batang mati, adalah cendawan tumbuh’.


Ada beras, taruh dalam padi.

Makna: Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.

Sama erti: 1. Pandai makan, pandailah simpan. 2. Kelip-kelip terbang malam. 3. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.

Contoh: Adalah menjadi suatu kesalahan besar apabila rahsia kerajaan dibocorkan. Maka setiap anggota Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mestilah bersikap `ada beras, taruh dalam padi’.


Ada biduk, serempu pula.

Makna: Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.
Sama erti: 1. Bagai Belanda minta tanah. 2. Seperti anjing menggonggong tulang. 3. Diberi betis, hendak paha.

Contoh: Ramai di kalangan masyarakat kita yang telah memiliki harta untuk hidup, namun tetap berusaha untuk menambahkan lagi harta itu. Mereka ini dapatlah diibaratkan `ada biduk, serempu pula.


Ada bukit, ada paya.

Makna : Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.
Sama erti: 1. Ada sama dimakan, tak sama ditahan. 2. Tiada gading yang tak retak.

Contoh: Allah menjadikan isi alam ini dengan sifatnya yang berlawanan. Ada baik, ada jahat, ada miskin, ada kaya, ada bahagia dan ada pula yang derita. Segalanya ini bagaikan `ada bukit, ada paya’.


Ada gula, ada semut.

Makna: Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.

Sama erti: Ada padi masak, adalah pipit.

Contoh: Perpindahan kaum belia dari desa ke kota semakin bertambah, pada setiap tahun. Hal ini adalah ekoran daripada kegiatan perindustrian yang giat dijalankan di sana, yang menyediakan berbagai peluang pekerjaan. Maka kota sekarang ini ibarat kata `ada gula, ada semut’, yang menjadi tumpuan memperolehi pendapatan.


Ada hari, ada nasi.

Makna: Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.
Sama erti: 1. Ada nyawa, ada rezeki. 2. Ada umur, ada rezeki.

Contoh: Emak selalu menasihatkan anak-anaknya agar tekun berusaha untuk mencari rezeki, selagi masih hidup, kerana `ada hari, ada nasi’.


Ada hari, ada panas, ada hari, boleh balas.

Makna: Perbuatan jahat itu sewaktu-waktunya akan mendapat balasan juga.
Sama erti: 1. Tangan mencincang, bahu memikul. 2. Ada ubi ada batas, ada hari ada balas.

Contoh: Tentera Rusia telah menyerang hendap pasukan Mujahidin di kawasan pergunungan itu. Sejak peristiwa yang menyedihkan itu, pasukan Mujahidin telah berazam untuk membalas serang kerana `ada hari, ada panas, ada hari, boleh balas’.


Ada jarum, hendaklah ada benangnya.

Makna: Tiap-tiap suatu itu, ada pasangannya.

Peribahsa sama erti: 1. Asal ada, kecil pun ada. 2. Ada laut, ada perampok. 3. Bagai bumi dengan langit.

Contoh: Allah menjadikan alam ini dengan sifatnya yang berpasangan, misalnya apabila dijadikan syurga, maka dijadikan juga neraka, kerana apabila `ada jarum, hendaklah ada benangnya. Sengalanya ini adalah untuk menunjukkan akan kesempurnaan dan
keadilan ciptaannya.


Ada kerak, ada nasi.

Makna: Tiap-tiap sesuatu kejadian itu, tentu ada bekasnya.

Sama erti: Bermain pisau, luka.

Contoh: Guru agama itu selalu berpesan kepada anak-anak muridnya agar berhati-hati ketika bertindak sesuatu, kerana segala tindak tanduk kita akan meninggalkan kesan sama ada ke atas diri sendiri ataupun orang lain. Ini adalah kerana apabila `ada kerak, ada
nasi’.


Ada laut, ada perampok.

Makna: Tiap-tiap sesuatu itu, ada pasangannya.
Sama erti: 1. Asal ada, kecil pun ada. 2. Ada jarum, hendaklah ada benangnya. 3. Bagai bumi dengan langit.

Contoh: Kesempurnaan dan keadilan makhluk ciptaan Allah, dapat dilihat pada sifatnya yang berpasangan, bagaikan `ada laut, ada perampok’.


Ada nasi (bernasi) di balik kerak.

Makna: Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan.

Contoh: Anis telah dimarahi oleh guru mata pelajaran Ilmu Hisabnya kerana masih belum menyelesaikan sebahagian daripada kerja rumah yang diberikan. Sungguhpu Anis tidak melakukan sebarang kesalahan bagi kerja rumah yang dibuatnya, tetapi gurunya itu masih menganggapkan kerjanya bagaikan `ada nasi di balik kerak’.


Ada nyawa, ada rezeki.

Makna: Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

Sama erti: 1. Ada umur, ada rezeki. 2. Ada hari, ada nasi. 3. Ulat di dalam batu, lagikan hidup.

Contoh: Pak Mat telah berusaha dengan begitu tekun sekali untuk menambahkan pendapatannya dari tangkapan ikan, demi bagi menyara anaknya yang ramai. Namun, usaha gigihnya itu tidak mendatangkan hasil, terutama di musim tengkujuh. Walau bagaimanapun, Pak Mat tetap berkeyakinan bahawa selagi `ada nyawa, ada rezeki’.

Ada persembahan, ada kurnia.

Makna: Berbuat baik dibalas baik.
Sama erti: 1. Orang berbudi, kita berbahasa. 2. Orang campak bunga, takkan kita campak tahi.

Contoh: Emak selalu berpesan kepada anak-anaknya supaya sentiasa berbudi bahasa dan bersopan-santun terhadap orang-orang yang lebih tua, kerana `ada persembahan, ada kurnia’ dan jangan bersikap sombong terhadap mereka pula.


Ada rotan, ada duri.

Makna: Dalam kesenangan tentulah ada kesusuhannya.
Sama erti: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang tepian.

Contoh: Di dalam kehidupan yang sementara ini, kita hendak sentiasa beringat bahawa di antara kesenangan dan kesusahan itu adalah silih berganti, bak `ada rotan, ada duri’, yang segalanya adalah ujian Allah terhadap makhluknya.


Ada rupa, ada harga.

Makna: Harga barang menurut rupanya.
Sama erti: Daripada daun, kenallah pohonnya.

Contoh: Noriza telah dipinang dengan mas kahwin yang mahal kerana beliau adalah di antara gadis yang cantik sekali di kampung itu, bak kata orang `ada rupa, ada harga’.


Ada sampan hendak berenang.

Makna: Sengaja bersusah payah.

Sama erti: 1. Bagai buluh ditarik songsang. 2. Anak badak dihambat-hambat. 3. Beranak tak berbidan. 4. Menjerat leher sendiri. 5. Mendukung biawak hidup. 6. Tiada beban, batu digalas. 7. Tahan jerat, songsang kepala.

Contoh: Hassan telah dimarahi oleh majikannya kerana membuat kerja yang disuruh secara yang sukar, bak `ada sampan hendak berenang’. Ini melambatkan kerja yang dibuatkannya.


Ada seperti tampaknya apung-apung.

Makna: Barang yang dihajati telah ada, tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai.

Sama erti: 1. Biduk ada, pengayuh tiada. 2. Hajat hari nak peluk gunung, apa daya tangan tak sampai.

Contoh: Zaidi berada di dalam keadaan `ada seperti tampaknya apung-apung’ apabila dia bercita-cita ingin meminang anak Encik Abdullah, tetapi belum mencukupi simpanan wangnya.


Ada sirih hendak makan sepah.

Makna: Ada yang baik, hendakkan yang buruk.

Contoh: Encik Haris telah mempunyai kereta baru yang cantik, tetapi masih berkeinginan untuk membeli kereta lama yang buruk itu. Sikap Encik Harith ini bagaikan `ada sirih, hendak makan sepah’.


Ada tangga hendak memanjat tiang.

Makna: Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan.
Sama erti: 1. Belum beranak, berbisan dahulu. 2. Belum duduk, sudah berlunjur. 3. Belum beranak, sudah ditimang. 4. Dahulu disorak, kemudian ditolak.

Contoh: Tukang kebun itu telah dimarahi oleh tuannya kerana bekerja dengan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh tuannnya, lalu dianggap `ada tangga, hendak memanjat tiang’.


Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas.

Makna: Perbuatan jahat itu sewaktu-waktunya akan mendapat balasan juga. Aspek-aspek di dalam perbincangan ini, seperti versi lain, sinonim, antonim, ulasan peribahasa dan ayat yang menggunakan peribahasa adalah sama seperti di dalam perbincangan di atas.


Ada ubi ada talas, ada budi ada balas.

Makna: Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; tiap-tiap aksi ada reaksinya.

Sama erti: Kalau baik disebut baik, kalau jahat, jahatlah.

Contoh: Ketua kampung itu telah mengingatkan anak-anak buahnya agar jangan bertindak keterlaluan di kehidupan bermasyarakat kerana `ada ubi ada talas, ada budi ada balas’.

Ada udang di balik batu.

Makna: Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.

Sama erti: 1. Masak di luar, mentah di dalam. 2. Berlurah di balik pendakian. 3. Dalam kilat ada kilau.

Contoh: Lelaki yang datang pada waktu senja ke rumah Tuan Haji Hashim agak mencurigakan kerana daripada tindak tanduknya seolah-olah `ada udang di balik batu’.


Ada ulam hendaklah ada sambalnya.

Makna: Tiap-tiap sesuatu itu ada pasangannya.


Ada umur, ada rezeki.

Makna: Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

Aspek-aspek lain di dalam perbincangan mengenai peribahasa ini adalah sama dengan perbincangan yang telah dibuat pada peribahasa di atas (No. 11).


Ada wang abang sayang, tak ada wang abang payah.

Makna: Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda.

Sama erti: 1. Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang. 2. Hidung dicium, pipi digigit.

Contoh: Puan Aziah dituduh sanggup menjadi isteri muda Encik Zainal semata-mata kerana suaminya itu seorang yang kaya. Perkahwinan itu hanya akan kekal selagi Encik Zainal kaya kerana bagi Puan Aziah `ada wang abang saya, tak ada wang abang payah’.


0036: Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

Makna: Kasih sayang hanya kerana memandang harta-benda.

Aspek-aspek lain di dalam perbincangan ini seperti aspek sinonim, antonim, ulasan peribahasa dan ayat yang menggunakan peribahasa ini, adalah sama seperti di dalam perbincangan mengenai peribahasa di atas (nombor 35).

Adakah buaya menolak bangkai?

Makna: Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan.

Sama erti: 1. Apa lagi ular sawa berkehendak ayamlah. 2. Baung tidak menolak seluang.

Contoh: Sebagai seorang bekas banduan akibat kegiatan jenayah, Encik Mid pasti akan terus melakukan lagi kegiatan jenayah selepas dibebaskan kerana `adakah buaya menolak bangkai’.


Adakah duri dipertajam?

Makna: Orang cerdik tidak guna diberi nasihat; musuh tidak perlu diberi pertolongan.

Sama erti: 1. Buang bunga ke jirat. 2. Bagai mencurah air ke daun keladi. 3. Itik diajar berenang. 4. Batu direbus tak akan empuk. 5. Menabur benih di atas batu. 6. Membuang garam ke laut. 7. Memberi laut kepada orang membantal. 8. Seperti hujan jatuh ke pasar.
9. Bagai melepaskan anjing tersepit.

Contoh: Cikgu Hashim sering memberikan nasihat kepada pelajar-pelajarnya agar berhati-hati ketika memberikan sebarang bantuan, baik yang berupa wang, tenaga, ilmu ataupun nasihat kalau tidak diperlukan kerana `apakah duri dipertajamkan’.


Adapun kata ada pangkalnya.

Makna: Tiap-tiap suatu itu ada asal-usulnya.

Sama erti: 1. Daripada daun, kenallah pohonnya. 2. Daripada buah, kenallah pokoknya. 3. Usul menunjukkan asal.

Contoh: Kewujudan sesuatu benda atau kejadian di dalam dunia ini pasti mempunyai asal usul kejadiannya. Adalah mustahil sesuatu itu bersifat sedia ada, tanpa permulaannya, kerana `adapun kata, ada pangkalnya’.


Adakah buaya menolak bangkai?

Makna: Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan.

Sama erti: 1. Apa lagi ular sawa berkehendak ayamlah. 2 Baung tidak menolak seluang.

Contoh: Sebagai seorang bekas banduan akibat kegiatan jenayah, Encik Mid pasti akan terus melakukan lagi kegiatan jenayah selepas dibebaskan kerana `adakah buaya menolak bangkai’.


Adakah duri dipertajam?

Makna: Orang cerdik tidak guna diberi nasihat; musuh tidak perlu diberi pertolongan.

Sama erti: 1. Buang bunga ke jirat. 2. Bagai mencurah air ke daun keladi. 3. Itik diajar berenang. 4. Batu direbus tak akan empuk. 5. Menabur benih di atas batu. 6. Membuang garam ke laut. 7. Memberi laut kepada orang membantal. 8. Seperti hujan jatuh ke pasar. 9.Bagai melepaskan anjing tersepit.

Contoh: Cikgu Hashim sering memberikan nasihat kepada pelajar-pelajarnya agar berhati-hati ketika memberikan sebarang bantuan, baik yang berupa wang, tenaga, ilmu ataupun nasihat kalau tidak diperlukan kerana `apakah duri dipertajamkan’.


Adapun kata ada pangkalnya.

Makna: Tiap-tiap suatu itu ada asal-usulnya.

Sama erti: 1. Daripada daun, kenallah pohonnya. 2. Daripada buah, kenallah pokoknya. 3. Usul menunjukkan asal.

Contoh: Kewujudan sesuatu benda atau kejadian di dalam dunia ini pasti mempunyai asal usul kejadiannya. Adalah mustahil sesuatu itu bersifat sedia ada, tanpa permulaannya, kerana `adapun kata, ada pangkalnya’.


Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat.



Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah.

Makna: Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak.

Sama erti: 1. Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut. 2. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. 3. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang
kerbau menguak. 4. Adat yang kawi, syarak yang lazim.

Contoh: Setiap orang apabila merantau ke negeri orang, hendaklah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat di situ, iaitu dari segi resam kehidupannya, kerana `adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah.


Adat bernegeri memagar negeri; ada berkampung memagar kampung.

Makna: Tidak mementingkan diri sendiri.

Sama erti: 1. Seperti sumbu pelita membakar diri menerangi yang lain.

Contoh: Ketua kampung itu sentiasa bertungkus lumus memikir dan berusaha untuk memajukan taraf kehidupan anak-anak buahnya tanpa sebarang kepentingan untuk diri sendiri, kerana dirinya itu bagaikan `ada bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung’.


Adat bertentu, bilang beratur.

Makna: Segala pekerjaan harus dilakukan menurut peraturan yang sudah ada.

Sama erti: 1. Adat diisi, lembaga dituang. 2. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. 3. Berbilang dari satu, mengaji dari alif.


Contoh: Kementerian Pelajaran telah menetapkan beberapa peraturan untuk dikuatkuasakan di sekolah menengah untuk membendung masalah disiplin yang semakin ketara sekarang. Maka setiap pelajar dikehendaki mematuhinya agar tidak menerima hukuman, kerana `adat bertentu, bilang beratur’.


Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat.

Makna: Tiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal-usul adat itu supaya terhindar dari kekeliruan dan salah faham.

Sama erti: 1. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak 2. Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung.

Contoh: Demi perpaduan negara, setiap rakyat seharusnya mengenali dan memahami adat resam kaum yang lain agar tidak timbul sebarang kekeliruan, kerana `adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat’.


Adat diisi, janji dilabuh.

Makna: Adat harus dijalankan, persetujuan harus ditepati.

Sama erti: 1. Kata itu kota. 2. Kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada kata janji. 3. Biar mati anak, jangan mati adat.

Contoh: Setiap anak-anak muda wajar sekali mengenali dan mengamali adat budaya bangsa mereka yang diwarisi daripada nenek moyang mereka, di samping bersikap jujur terhadap sebarang janji kerana `adat diisi, janji dilabuh’, demi mempertahankan maruah bangsanya.


Adat diisi, tembaga dituang.

Makna: Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang diadatkan.

Sama erti: 1. Adat bertentu, bilangan beratur. 2. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. 3. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.

Contoh: Perbuatan membuang kasut ketika menziarahi rumah orang-orang Melyu adalah tindakan menuruti adat masyarakatnya, kerana `adat diisi, lembaga dituang’.


Adat dipakai baru, kain dipakat usang.

Makna: Adat yang baik, kalau diikuti, akan mengangkat darjat orang mengikutinya itu, kerana kalau adat dipakai selalu, maka barulah tampaknya.

Sama erti:1. Dek suka berkapuh ijuk, nan adat dituruti. 2. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

Contoh: Setiap anggota masyarakat seharusnya mengamali segala adat warisan bangsa yang baik, demi meningkat darjat seseorang anggota masyarakat, di samping keseluruhan masyarakatnya, kerana ‘adat dipakai baru, kain dipakai usang’.


Adat dunia balas membalas, syariat palu memalu.

Makna: Yang baik dibalas dengan yang baik dan yang buruk dibalas dengan yang buruk; manusia yang hidup mestilah bertolong-tolongan antara satu sama lain.

Sama erti: 1. Wangi bak bunga, busuk bak tahi. 2. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. 3. Seperti aur dengan tebing.

Contoh: Di dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah bersikap bertolak ansur dan bantu membantu, kerana segala perbuatan kita pasti menerima balasan ataupun ganjaran, sebagai mana `adat dunia balas membalas, syariat palu memalu’.


Adat gajah terdorong.

Makna: Orang yang berkuasa kerap kali menyalahgunakan kekuasaannya.

Sama erti: 1. Harap pagar, pagar yang makan padi. 2. Umpama pisau di tangan kanan, mentinum di tangan kiri. 3. Apa kata kukur, nyiur juga yang binasa. 4. Anak-anak kecil menjadi makan ikan-ikan besar.

Contoh: Presiden Soekarno pada asalnya adalah seorang pejuang kemerdekaan Indonesia yang bercita-cita ingin meninggikan taraf hidup rakyatnya. Namun apabila beliau berkuasa, beliau telah menggunakan kedudukannya untuk kepentingan diri, bagaikan `adat gajah terdorong’ pula jadinya’.


Adat juara kalah memang.

Makna: Tiap-tiap usaha ada laba ruginya.

Sama erti: 1. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga. 2. Belum cuba, belum tahu.

Contoh: Walaupun pasukan bolasepak negara adalah merupakan bekas johan Pestabola Merdeka dan menerima pula latihan di luar negeri, namun di dalam pertandingan pada tahun ini, mereka telah tewas dengan teruk sekali, kerana `adat juara kalan menang.


Adat lama pusaka usang.

Makna: Adat yang tak berubah-ubah sejak zaman-berzaman.

Sama erti: 1. Dianjak layu, dibubut (dianggur) mati. 2. Asal ayam hendak lesung, asal itik hendak ke perlimbahan. 3. Diasak (pindah) layu, dicabut mati.

Contoh: Amalan membuangkan kasut ketika memasuki ke dalam rumah, adalah `adat lama pusaka usang’ di kalangan orang-orang Melayu, yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman.


Adat lurah timbunan sarap.

Makna: Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya.

Sama erti: 1. Adat teluk, timbunan kapal. 2. Adat gunung, tempatan kabut. 3. Busut juga yang ditimbuni anai-anai.

Contoh: Adli telah dilantik menjadi pegawai daerah yang baru di kawasan itu, dan kini dia sering menerima cemuhan daripada masyarakat di situ kerana `adat lurah timbunan sarap’.


Adat memakai, syarak mengata.

Makna: Adat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak.

Sama erti: 1. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. 2. Biar mati anak, jangan mati adat.

Contoh: Adat mandi safar yang dahulunya sering diadakan di negeri Melaka, tidak lagi diamalkan kerana tidak sesuai dengan suasana masa sekarang, akibat `adat memakai, syarak mengata’.

Adat muda menanggung rindu.

Makna: Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dsb).

Sama erti: 1. Minum air, serasa duri.

Contoh: Sejak kekasihnya melanjutkan pelajaran ke seberang laut, Ahmad sentiasa sahaja termenung kerana`adat muda menanggung rindu’.


Ada orang mengail, kalau ikan terlepas, tentulah besar.

Makna: Usaha yang besar, kalau tidak berhasil, tidaklah mendatangkan malu.

Contoh: Sungguhpun projek yang dijalankan oleh Pak Saad gagal, tetapi dia tidak sedikit pun merasa malu kerana `adat orang mengail, kalau ikan terlepas, tentulah besar’.


0056: Adat pasang berturun naik.

Makna: Apa juapun benda di dunia ini tak tetap keadaannya.

Sama erti: Zaman beralih, musim bertukar.

Contoh: Allah menciptakan segala makhluknya di dalam keadaan yang sementara dan sifatnya tidaklah kekal, bagalkan `adat pasang berturn naik’.


Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah.

Makna: Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh dilonggarkan, sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya.


Contoh: Upacara peminangan di dalam masyarakat sekarang boleh dijalankan sama ada menurut adat ataupun tidak, tetapi amalan mengerjakan sembahyang mestilah mengikut hukum yang telah ditentukan, kerana `adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah’.


Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.

Makna: Tiap-tiap usahan memerlukan ketabahan dan kerajinan.

Sama erti: 1. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat 2. Alang-alang mandi biar basah. 3. Kalau tidak dipecah ruyung, di manakan dapat sagunya. 4. Tinggi disusupi, rendah dilangkahi.

Contoh: Perdana Menteri telah menyeru rakyat agar tekun berusaha demi meningkatkan lagi penghasilan negara kerana `adat periuk berkerak, adat lesung berdedak’.


Adat pulau limburan pasang.

Sama erti: 1. Hidup bagai aur dengan tebing.

Contoh: Kalau kita ingin hidup dengan penuh keamanan dan ketenteraman dalam masyarakat yang berbilangan bangsa dan agama ini, perlulah antara kita saling membantu dan saling memerlukan antara satu sama lain supaya sikap bekerjasama dapat dikekalkan
bagaikan adat pulau limburan pasang.
Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung.

Sama erti: Hidup ditanggung adat.

Contoh: Untuk menjalani kehidupan dengan penuh sempurna dan dapat diterima oleh masyarakat, seharusnyalah kita sentiasa berpegang kepada adat yang ada kerana dalam kehidupan kita bagaikan `adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung’.


Adat teluk timbunan kapal.

Sama erti: Adat muda menanggung rindu.

Contoh: Ramli semestinya menasihatkan anaknya yang sentiasa bermenung setelah tidak dapat menjawab soalan dalam ujian persekolahannya kerana sudah adat teluk timbunan kapal.


Adat tua menahan ragam.

Sama erti: Adat tua penuh sabar didada.

Contoh: Pak Mat terpaksa menderita dengan perangai anak-anaknya yang tidak menyenangkan hatinya kerana banyak yang melanggar kesopanan dalam keadaan `adat tuan menahan ragam’.


Adat yang kawi, syarak yang lazim.

Sama erti: Adat yang berdiri, syarak yang berlari.

Contoh: Seseorang yang hidup dalam masyarakat Melayu dan Islam mempunyai adat yang tersendiri seperti semasa makan, berkunjung ke rumah jiran dan sebagainya, tetapi pada masa yang sama ia juga tertakluk kepada undang-undang syarak yang dilaksanakan kerana `adat yang kawi, syarak yang lazim’.


Adat yang menurun, syarak yang mendaki.

Sama erti: Adat di bawah syarak di atas.

Contoh: Sebagai seorang yang ingin berjaya dalam menghadapi sebarang kemungkinan, seharusnya ia tidak hanya bergantung kepada adat sahaja kerana `adat yang menurun, syarak yang mendaki’ yang sanggup menghadapi serba kemungkinan.


0065: Agak-agak bertutur malam hari.

Makna:

Sama erti: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Contoh: Seseorang yang menjadi ahli pembahas ketika berhujah mestilah berhati-hati kerana bila tersilap bercakap, akan digunakan balik sebagai hujahnya, maka kata-katanya tak ubah seperti `agak-agak bertutur malam hari’.


Agak lebih dari agih.

Sama erti: Ayam bertelur sebiji riuh sekampung.

Contoh: Seseorang yang selalu bercakap walaupun tidak diminta dan tidak berkenaan biasanya tidak dipercayai oleh orang lain kerana hanyalah `agak lebih dari agih’.


Agih-agih kungkang.

Sama erti: Seperti lilin membakar diri.

Contoh: Sebagai seorang ibu, Ramlah rela berkorban apa saja untuk kebaikan anaknya sehingga kadang-kadang beliau tidak tidur malam dan pengorbanan ini bagi agih-agih kungkang.


Agung susut, pengah masih.

Sama erti: Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang.

Contoh: Ramli yang telah tidak terpilih dalam pilihanraya lepas walupun menang sebelum ini, masih bersuara megah di hadapan orang ramai seperti peribahasa `agung susut pongah masih’.


Air beriak tanda tak dalam.

Sama erti: Tong berbunyi tandanya kosong.

Contoh: Karim selalu menyuarakan kata-katanya bila bersama kawannya tetapi sering tidak diendahkan oleh mereka kerana kawan-kawannya tahu bahawa air beriak tanda tak dalam.

Air besar, batu bersirak.


Sama erti: Angin datang pohon menari, ribut datang pohon tumbang.

Contoh: Rumah tangga aman kini sudah tidak aman dan menjadi berpecah kerana satu perselisihan besar telah terjadi dan keadaan ini sudah lazim kerana bila `air besar, batu akan bersibak’.


Air besar sampan tak hanyut.


Sama erti: Akar tak berpijak di bumi, pucuk tak sampai ke langit.

Contoh: Halim hampir menjadi gila setelah segala yang dilakukannya untuk memikat hati Minah tidak berhasil dan keadaan ini tak ubah seperti `air besar sampan tak hanyut’.


Air cucuran atap, jatuhnya ke pelimbahan.

Sama erti: Bagaimanaacuan, begitulah kuihnya.

Contoh: Salmiah tidak harus merasa risau kerana kalah dalam pertandingan nyanyian lalu walaupun hasratnya untuk mewarisi akat ibunya kerana `air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahannya’ juga.

Air dalam berenang, air dangkal bercebok.

Sama erti: Ukur baju pada badan sendiri.

Contoh: Walaupun berpendapatan yang tidak seberapa, Kamal selalu berbelanja secara berlebih-lebihan tanpa melihat dirinya yang seharusnya sedar bahawa semasa `air dalam, bolehlah berenang dan bila air dangkal, hendaklah bercebok’.


Air dalam karang menonggok, setanggi campur kemenyan, gula tertumpah pada kanji.


Sama erti: Ringan tulang berat perut.

Contoh: Semenjak bertapak dalam usaha perniaganya dengan usaha yang gigih dan berpenat selalu, Wan Hamid telah mula bersinar hidupnya seperti `air yang dalam karang menonggok dan gula tertumpah pada kanji’.


Air dalam terenang.


Contoh: Sejak beristeri dengan gadis pujaannya, Nik Aziz mula bahagia dan tenteram kehidupan hariannya tanpa sebarang ganguan dan kehidupannya kini tak ubah seperti `air dalam terenang’.


Air dicincang tiada putus.


Sama erti: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum kembali.

Contoh: Pernah satu ketika, Ashaari bergaduh dengan abang kandungnya tetapi selang beberapa hari, mereka berdua berbaik semula seperti dulunya.


Air di daun keladi.

Sama erti: Ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Contoh: Walaupun telah dua tahun Jamhari menasihatkan adiknya yang masih suka mencuri tapi sejak itu juga adiknya itu memekakkan telinga dan segala nasihat Jamhari itu bagai `mencurah air ke daun keladi saja.’


Air didih menganak sungai.

Sama erti: Manusia mudah lupa daratan.

Contoh: Kalau kita ingin membelanjakan pendapatan kita, seharusnya kita mengingati hari belakang kerana kalau terlalu ikut hati tentunya kita ingin berbelanja untuk herhibur dengan berlebihan sedangkan kita harus sedar bahawa air didih menganak sungai.


Air digenggam tiada tiris.


Sama erti: Ukur baju pada badan sendiri.

Contoh: Semenjak Mohad Fadli kecurian wangnya dengan banyak, maka ia mula berjimat dan berhati-hati berbelanja sekadar apa yang patut seperti `air digenggam tiada tiris’.


Air diminum sembiluan.

Sama erti: Pecah kapai putus suai.

Contoh: Sukriah sudah tidak seperti dulu lagi kerana badannya kini menjadi kurus kering, apa yang dimakannya tidak seberapa dan `air yang diminum terasa sembiluan’.



Air gedang menghanyutkan.


Sama erti: Diam-diam ubi semakin berisi.

Contoh: Kamal, kawan Rashidi yang sering memperli kepadanya kerana sifatnya yang lebih pendiam berbanding dengan mereka tetapi mereka seharusnya tidak lupa bahawa air gedang menghanyutkan.


Air jernih, ikannya jinak.

Sama erti: Air tenang, ikan bermain.

Contoh: Rakyat Malaysia telah terpuji sebagai rakyat yang ramah dan cepat mesra dan bertepatan dengan negeri ini sendiri yang aman dan tak ubah seperti ikan yang jinak dalam air yang jernih.


0086: Air keruh, limbat keluar.

Makna:

Sama erti: Menangguk di air keruh.

Contoh: Peperangan yang tidak berkesudahan di Lubnan telahmenimbulkan keadaan yang tidak aman dan keacau bilau yang mana keadaan sebegini telah dieksploitasi sepenuhnya oleh setengah negara asing dengan tindakan seumpama air keruh limbat keluar.


Air lalu kubangan tohor.

Sama erti: Akar putus, daun pun kering.

Contoh: Sebagai seorang yang bekerja makan gaji (gaji bulanan), Shariff yang mempnyai keluarga yang besar itu terpaksa mencari kerja sambilan kerana duit gajinya bagaikan air lalu kubangan tohor.


Air laut hijau siapa celup?

Sama erti: Air ada pasang, ada surutnya.

Contoh: Kamarulzaman yang besar dan kuat tenaganya telah insaf setelah ditewaskan oleh seorang yang lebih kecil daripadanya dalam satu pertandingan tinju dan beliau kini sedar bahawa sekuat-kuat dirinya tidak dapat juga mewarnakan laut.


Air mata jatuh ke dalam.


Sama erti: Air mata jatuh ke perut.

Contoh: Walaupun selama ini orang hanya melihat Roslina sentiasa riang dan gembira bila bersama, tetapi sebenarnya hatinya selalu sedih dan bila ia menangis, air matanya jatuh ke dalam.


Air mata jatuh ke perut.

(sama dengan peribahasa `Air mata jatuh ke dalam’).


Air mudik sungai semua telah diranai.


Sama erti: Tidak mengenang pasang dan surut.

Contoh: Setelah baru saja mendapat kerja yang tidak seberapa, Mazlan sudah mula pandai menghias dirinya dengan membeli barang-barang yang mahal-mahal dan keadaan dirinya tidak ubah seperti air mudik sungai, semua telah diranai.


Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.

Sama erti: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandung kerbau menguak.

Contoh: Sebagai orang baru dalam masyarakat ini, dia hendaklah mempelajari segala peraturan dan undang-undang yang diamalkan supaya diterima oleh masyarakat tempatan kerana adat kita bagaikan air orang disauk, ranting orang dipatah dan adat orang diturut.


Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut sentiasa.

Sama erti: Tidak ombak bergelora sepanjang masa.

Contoh: Usahlah kita bersedih kerana nasib kita hari ini agak malang berbanding dengan orang lain, mungkin esok kita akan lebih bergembira dari orang lain dan orang yang bergembira hari ini pun tidaklah selamanya kerana air ada pasang surutnya.


Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga.


Sama erti: Enggang sama enggang, pipit ke bawah juga.

Contoh: Dalam satu perselisihan keluarga, Fauzi cuba memihak kepada salah seorang anggota keluarga itu tetapi kemasukannya itu tidak ke mana kerana bila keluarga itu baik semula, Fauzi telah tidak dipentingkan lagi kerana perbuatan beliau hanyalah seperti air sama air, sampah ke tepi juga.


Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.


Sama erti: Sedikit hujan banyak yang basah.

Contoh: Sikap Maimunah seperti air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan menyebabkannya disisih oleh masyarakatnya sendiri kerana masyarakat sedar bahawa sikapnya itu telah banyak merosakkan keharmonian hidup bermasyarakat.

Air surut kapar (sampah) hilir bersama, air pasang ia tersangkut.

Sama erti: Seperti kacang lupakan kulit.

Contoh: Mohd. Zaki merasa cukup menyesal kerana pada masa susah dulu dia bersama seorang kawannya sama-sama menghadapinya, tapi bila kawannya telah menjadi senang, dia telah dilupakan dan dia merasakan dirinya bagai sampah yang hilir bersama bila air surut tapi bila pasang, sampah telah tersangkut.

Air susu dibalas dengan air tuba.

Sama erti: Beri bunga dibalas tahi.

Contoh: Zakaria tidak pernah menyangka bahawa Rosli kawannya itu sanggup merampas tunangannya sendiri sedangkan sebelum ini, Zakariah pernah mengajarkan bagaimana untuk memikat wanita dan ia rasakan perbuatan Rosli seperti air susu dibalas air tuba.


Air susu dibalas dengan air tuba.

Sama erti: Beri bunga dibalas tahi.

Contoh: Zakaria tidak pernah menyangka bahawa Rosli kawannya itu sanggup merampas tunangannya sendiri sedangkan sebelum ini, Zakariah pernah mengajarkan bagaimana untuk memikat wanita dan ia rasakan perbuatan Rosli seperti air susu dibalas air tuba.

4 comments:

  1. ///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
    /////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

    ReplyDelete
  2. Sangat bermanfaat...terima kasih cikgu 🤩🤩😍

    ReplyDelete