SINOPSIS
Pak Man berkunjung ke rumah Sani
dengan membawa ikan yang ditangkapnya. Mereka berbual-bual tentang ibu angkat
Sani, Jimah yang enggan pulang ke rumah kerana menunggu suaminya, Pak Jumaat
yang hilang di laut sebagai akibat bencana tsunami. Shahrul pula meminta Sani
memberitahu emaknya tentang hasratnya yang mahu pulang ke Kuala Lumpur kerana
cutinya telah habis.
Setibanya Sabariah dari London,
dia mempersoalkan tindakan abangnya, Sabri yang membiarkan ibunya menunggu
kepulangan bapa mereka di tepi pantai. Sabariah pula menyalahkan bapanya yang
masih mahu ke laut biarpun menerima duit belanja daripada anak-anak. Sabariah
turut menegur Shahrul apabila mengetahui adiknya itu mahu kembali ke Kuala
Lumpur sedangkan bapa mereka masih belum ditemui. Sementara itu, Mak Jah
menasihati Shahrul agar mengenang jasa ibu bapanya dan meletakkan mereka di
tempat yang tinggi.
Sabariah mendesak emaknya yang
masih setia menunggu kepulangan bapanya agar pulang ke rumah kerana beranggapan
mayat bapanya sudah hancur di laut. Sabariah juga mengungkit tentang wang 100
paun yang diberikan kepada bapanya setiap bulan. Sabariah mempersoalkan
tindakan bapanya yang masih ke laut dan tindakannya itu memalukan anak-anaknya.
Jimah berasa sangat sedih dengan kata-kata Sabariah. Dia telah mengeluarkan
buku akaun anak-anaknya lalu meminta Sani menyerahkan buku-buku tersebut kepada
mereka. Jimah memberitahu Sani bahawa dia dan suaminya tidak pernah menggunakan
wang pemberian anak-anak mereka.
Sani menyerahkan buku akaun yang diberikan
oleh ibunya kepada abang dan kakaknya. Sabariah, Sabri, dan Shahrul terkejut
apabila mendapat tahu bahawa orang tua mereka tidak pernah menggunakan wang
pemberian mereka selama ini. Pak Man yang singgah ke rumah Jimah menasihati
Sabariah, Shahrul, Sabri, dan Salmah agar menghargai pengorbanan ibu bapa
mereka dan menghormati mereka.
Dalam pada itu, Man Bengap
memberitahu bahawa Pak Jumaat telah ditemui selamat dan kini berada di Balai
Polis Kuala. Jimah seterusnya meluahkan ketidakpuasan hati dan perasaan
sedihnya berhubung dengan sikap anak-anaknya yang lebih mementingkan kerjaya
masing-masing dan wang ringgit berbanding dengan dirinya dan suaminya.
Sabariah, Shahrul, dan Salmah menyedari kesilapan masing-masing lalu memohon
ampun daripada Jimah. Setelah dirayu, akhirnya Jimah memaafkan kesilapan dan
kealpaan anak-anaknya. Jimah dan anak-anaknya bergerak ke balai polis untuk
menjemput Pak Jumaat.
PERSOALAN
1. Kesetiaan seorang isteri terhadap suami.
Contohnya, Jimah sanggup menunggu di tepi pantai sehingga empat hari kepulangan
Pak Jumaat yang hilang di laut sebagai
akibat ombak tsunami.
2 Kesibukan anak-anak dalam kerjaya sehingga
mengabaikan perhatian terhadap ibu bapa. Contohnya, Salmah hanya pulang ke
kampung selepas empat hari bapanya hilang di laut kerana sibuk dengan urusan
perniagaannya.
3. Jasa ibu bapa yang tiada
ternilai harganya. Contohnya, Pak Jumaat bertungkus lumus bekerja sebagai
nelayan untuk menyara dan membesarkan anak-anaknya sehingga mereka berjaya
menjawat jawatan yang baik.
4. Kasih sayang tidak boleh
ditukar ganti dengan wang ringgit. Contohnya, Jimah memulangkan wang pemberian
anak-anaknya semula apabila Sabariah mengungkit tentang perkara tersebut.
WATAK DAN
PERWATAKAN
Jimah
1. Isteri kepada Pak
Jumaat yang menyara hidup
sebagai nelayan.
2. Ibu kandung kepada
Sabri, Sabariah, Salmah, dan Shahrul.
3. Setia menunggu
kepulangan suaminya yang hilang di laut.
Sani
1.
Anak angkat Jimah dan Pak Jumaat.
2.
Berumur 28 tahun.
3.
Sudah berkahwin dengan Wan Malini.
4.
Bertugas sebagai doktor.
5.
Taat dan bertanggungjawab terhadap ibu bapa
angkatnya di kampung.
Sabariah
- Berumur 34 tahun dan sudah berkahwin.
- Suka berterus terang, iaitu mengkritik sikap Shahrul yang ingin segera pulang ke Kuala Lumpur.
- Gagal mengawal emosi sehingga terlanjur meninggikan suara kepada ibunya.
Shahrul
- Berumur 30 tahun dan masih bujang.
- Bekerja sebagai akauntan di sebuah bank di Kuala Lumpur.
- Lebih mementingkan kerjaya dan wang ringgit daripada ibu bapanya.
LATAR TEMPAT
- Di rumah Pak Jumaat. Contohnya, Shahrul meminta Sani memberitahu Jimah tentang hasratnya untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana cutinya telah habis.
- Di tepi pantai. Contohnya, Jimah setia menanti kepulangan Pak Jumaat yang menjadi mangsa ombak tsunami.
LATAR MASA
Pada waktu pagi hingga senja.
|
No comments:
Post a Comment