KEBAIKAN KEDATANGAN PEKERJA ASING KEPADA NEGARA MALAYSIA
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Perumpamaan terbabit amat sinonim
dengan senario kebanjiran pekerja asing di negara kita pada era cetusan idea
ini. Memang tidak dapat dinafikan, kepesatan perkembangan ekonomi dan kekukuhan
politik di negara kita telah berjaya membuka mata para pekerja asing sehingga
telah mendorong mereka untuk berhijrah ke sini kerana bak kata pepatah, ada
gula adalah semut. Kedatangan golongan ini yang bertali arus tidak dapat
dinafikan telah membawa perubahan kepada kemajuan negara Malaysia. Bertepatan
dengan hasrat Wawasan 2020 cetusan idea Tun. Dr. Mahathir Mohamed yang ingin
menjadikan negara Malaysia mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan
negara-negara maju lain, pekerja asing telah berupaya menjadi salah satu medium
bagi menjayakan hasrat itu. Persoalannya, apakah kebaikan kedatangan pekerja
asing kepada negara kita, Malaysia?
Mari kita mulakan
perbincangan kita terhadap kepentingan pekerja asing dalam aspek pengukuhan
ekonomi negara. Pekerja asing berkemahiran tinggi seperti jurutera, arkitek,
pensyarah, dan sebagainya amat diperlukan bagi meningkatkan pembangunan ekonomi
negara kerana mereka mampu untuk berkongsi idea dan memberi tunjuk ajar kepada
rakyat Malaysia. Sebagai contoh, jurutera automobil yang diimport dari Jepun
pada suatu ketika dahulu telah memberi kemahiran baharu kepada rakyat Malaysia
sehingga tercipta kereta pertama negara iaitu Proton Saga pada tahun 1985.
Selain itu, kepakaran pekerja asing dalam bidang profesional juga terjamin dan berupaya
meningkatkan kualiti produktiviti negara sekali gus dapat mengukuhkan ekonomi
Malaysia. Jadi, tidak hairanlah sekiranya negara maju seperti Amerika Syarikat
telah menggaji sebanyak 14 juta orang pekerja asing dengan purata kebanyakannya
berkhidmat sebagai tenaga professional bagi membolehkan peningkatan dalam
ekonomi serta penghasilan teknologi di negara
tersebut. Kedatangan pemegang Visa H-2B ini telah membantu menampung masalah
kekurangan tenaga kerja terutamanya dalam sektor pembinaan dan pembuatan ekoran
sikap belia Malaysia yang terlalu memilih dalam isu pekerjaan. Sikap pekerja
asing yang tidak memilih dalam pekerjaan amat sinonim dengan peribahasa asal
berinsang ikanlah dan sepatutnya dicontohi oleh rakyat Malaysia. Pekerja asing
dalam sektor- sektor tersebut juga telah meningkatkan kecerunan graf
produktiviti negara sekali gus memperkukuh ekonomi Malaysia. Mantan Perdana
Menteri Malaysia kelima iaitu Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pernah
menegaskan bahawa Malaysia perlu mengurangkan bilangan pekerja asing namun
bimbang tindakan sedemikian akan memberi impak negatif kepada industri yang
bergantung dengan khidmat pekerja asing. Situasi ini jelas menggambarkan bahawa
negara kita masih memerlukan keringat tenaga kerja asing dalam usaha untuk
meningkatkan ekonomi negara bagi membolehkan Malaysia bersaing dengan
negara-negara maju dan merealisasikan Wawasan 2020. Jelaslah, kedatangan
pekerja asing sama ada profesional mahupun kurang berkemahiran
masing-masing mampu untuk memperkukuh ekonomi Malaysia melalui khidmat yang
mereka salurkan.
Lensa perbincangan
kita dialihkan pula kepada skop memacu pembangunan negara ke arah mewujudkan
sebuah negara maju.Sebagaimana yang kita ketahui,Malaysia merupakan sebuah
negara yang pesat membangun dengan pertumbuhan ekonomi yang mantap.Kemasukan
buruh-buruh asing inilah yang menyebabkan negara kita dapat membangun dengan
pesatnya seperti sekarang,serentak mengikut aliran kemajuan negara-negara
luar .Hal ini dikatakan demikian kerana,mereka memang mahir dalam
melakukan pekerjaan yang berat seperti membina bangunan dan jalan raya.Selain itu,mereka
juga mampu menjadi amah yang baik seperti melakukan kerja-kerja rumah,
menjaga anak-anak majikannya dan lain-lain. Oleh sebab itu,perubahan menyeluruh
yang sistematik sentiasa berlaku di Malaysia khususnya dalam pembangunan
infrastruktur,dan prasarana yang perlu dibangun dalam masa yang singkat.
Jadi,dalam usaha untuk mencapai misi tersebut,keperluan tenaga buruh amat
diperlukan bagi mempercepat arus pertumbuhan pembangunan negara. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa sesetengah rakyat Malaysia tidak suka melakukan kerja
buruh yang memerlukan kudrat yang tinggi. Walaupun sikap yang diamalkan oleh
rakyat kita ini selaras dengan ciri-ciri negara maju yang lain namun Malaysia
akan mengalami kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memajukan pembangunan
tersebut dan secara tidak langsung menyebabkan negara kita memerlukan tenaga
buruh dari luar seperti Vietnam,Myanmar,India dan Indonesia.Tegasnya,dengan
adanya pekerja asing yang bekerja sebagai buruh ini,maka proses
pembangunan negara akan berlangsung dengan cepat.
Dalam pada itu, pemahaman kita diteruskan pula dengan skop kebanjiran
pekerja asing di Malaysia dapat mevariasikan budaya dan adat resam yang
menarik. Sebagaimana yang kita ketahui, negara Malaysia terkenal dengan
masyarakat yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai jenis budaya serta adat
resam masing-masing. Kedatangan pekerja asing dalam berkongsi budaya mereka
mampu mempelbagaikan lagi budaya di Malaysia melalui cara pemakaian, makanan,
cara berkomunikasi sesama masyarakat dan lain-lain. Sebagai contoh, seorang
pekerja warganegara Jepun bekerja di Malaysia. Secara tidak langsung, pekerja
tersebut akan berkongsi dengan rakan-rakan sekerjanya mengenai budaya dan adat
resam yang diamalkan di negaranya, contohnya, adab ketika bertemu dengan rakan.
Masyarakat Jepun akan memberi tunduk hormat satu sama lain dan berbicara dengan
sopan santun. Masyarakat Jepun juga mempunyai identiti mereka tersendiri dalam
aspek pemakaian, iaitu mereka memakai kimono bagi perempuan. Budaya ini amat
bagus untuk diimplementasikan di negara bagi mewujudkan masyarakat Malaysia
yang mempunyai nilai murni yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat luar
negara, bersesuaian dengan kata-kata Albert Einstein yang mengatakan bahawa
setiap aksi akan menyebabkan tindak balas. Memang benar bahawa ada sesetengah
pekerja asing membawa budaya kuning mereka dengan sengaja bertujuan untuk
mempengaruhi minda masyarakat Malaysia dengan pemikiran sekular mereka. Namun,
sebagai masyarakat yang matang, kita mestilah bijak membezakan antara perkara
yang baik dan juga perkara yang buruk, bak peribahasa buang yang keruh, ambil
yang jernih. Masyarakat Malaysia boleh mempelajari
perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat
negara lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat
bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Pendek kata, kebanjiran pekerja asing telah memberikan kesan positif dalam
mevariasikan budaya dan adat resam dalam negara kita, iaitu Malaysia.
Ayuh kita selongkar perbincangan kita dengan lebih mendalam di bawah kata
kunci pertukaran teknologi-teknologi moden. Kedatangan pekerja asing
terutamanya tenaga buruh mahir dan separuh mahir ke Malaysia membolehkan negara
kita mempelajari dan memperoleh teknologi-teknologi baru melalui program
usahasama yang dilakukan oleh pihak kerajaan atau organisasi bukan kerajaan
dengan negara-negara maju. Kebiasaannya, tenaga buruh mahir seperti pakar
ekonomi dan pakar runding yang sudah terbiasa dengan penggunaan
teknologi-teknologi moden yang pantas berkembang maju seperti belut diketil
ekor sudah pasti akan mengesyorkan negara Malaysia untuk mendapatkan teknologi
moden itu juga bagi melancarkan urusan-urusan pekerjaan. Sebagai contoh,
memikirkan tentang penduduknya yang berhijrah ke negara Malaysia, negara Jepun
telah memberikan sumbangan dari segi penggunaan robot untuk industri pembuatan
dan tenaga pakar dalam bidang perindustrian dan automotif kepada negara
Malaysia, melalui program usahasama Jepun-Malaysia berdasarkan pelancaran
Inovasi Kerajaan pada tahun 2011. Impaknya, negara kita dapat mengeluarkan
kenderaan-kenderaan sendiri seperti Proton Waja, Proton Wira, Perodua dan
lain-lain lagi secara lebih produktif berbekalkan manfaat daripada kemasukan
pekerja asing ke Malaysia. Pepatah Melayu ada menyebut sambil menyelam minum
air, satu dasar dua objektif. Nyatalah, antara implikasi positif kemasukan
pekerja asing ke Malaysia adalah akan dapat memperoleh teknologi-teknologi
moden daripada negara asal pekerja asing yang berhijrah ke Malaysia.
Fokus perbincangan kita diteruskan pula
dengan skop kebaikan kehadiran pekerja asing dalam aspek pelancongan di negara
Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa kehadiran pekerja asing telah
menyumbangkan banyak pembangunan dalam pelbagai sektor di negara kita
termasuklah sektor pelancongan. Hal ini dikatakan demikian kerana para pekerja
asing ini boleh dikatakan sebagai agen pelancongan di negara kita. Semasa
mereka menetap di Malaysia dalam tempoh tertentu, mereka telah dapat mengenali
negara kita dengan lebih mendalam kerana sambil menyelam sambil minum air.
Mereka telah mengenali destinasi-destinasi pelancongan yang menarik di negara
kita dan berupaya untuk menarik minat pelancong dari luar negara . Selain itu,
kebersihan negara kita yang boleh dikatakan memuaskan hati kerana rakyat di
negara kita amat mementingkan kebersihan . Hal ini amat bersesuaian dengan
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Budi bahasa budaya kita . Sikap masyarakat Malaysia yang baik hati dan berbudi
bahasa juga telah menyebabkan pekerja-pekerja asing menyukai negara kita .
Apabila mereka pulang ke tanah air mereka, mereka pasti akan menceritakan
segala pengalaman mereka semasa berada di Malaysia kepada saudara mara atau
rakan-rakan di negara mereka. Keindahan negara kita juga pasti akan diceritakan
oleh mereka secara tidak langsung kepada saudara mara ataupun rakan-rakan
mereka. Oleh hal yang demikian, saudara mara atau rakan mereka yang tidak
pernah menjejaki bumi Malaysia pasti akan mempunyai keinginan untuk datang dan
melihat keindahan negara kita dengan mata sendiri untuk memastikan bahawa
berita yang disampaikan itu bukannya indah khabar dari rupa .Jika seorang
pekerja asing mampu menarik dua atau tiga orang saudara mara mereka untuk
melancong ke negara kita, bagaimana pula jika jutaan orang pekerja asing?
Tegasnya, kehadiran pekerja asing akan memberikan implikasi yang besar terhadap
sektor pelancongan di negara kita .
Kesimpulannya,sudah
terang lagi bersuluh bahawa kedatangan pekerja asing dari pelbagai negara
seperti Indonesia, Bangladesh, Filipina, dan Thailand telah mendatangkan
kesan-kesan positif dari segi ekonomi dan sosial.Walau bagaimanapun, pihak
kerajaan tidak boleh memandang remeh terhadap kedatangan mereka ke negara
ini.Namun, jika ada yang beranggapan bahawa menghantar semula pekerja asing ke
negara mereka suatu tindakan yang amat baik,mereka harus berfikir dua
kali.Memetik daripada sebuah artikel yang ditulis oleh Ahmad Kamil Mohamed,
menyatakan bahawa kerajaan akan mengalami kerugian jika cara di atas
dilaksanakan.Jadi,sebelum kudis menjadi tokak,pihak berkuasa khususnya jabatan
imigresen dan pihak polis perlu menguatkuasakan undang-undang sebagai amaran
kepada pekerja asing supaya mereka tidak melanggar undang-undang negara
Malaysia ini.Sesungguhnya,peribahasa bukit sama didaki,lurah sama dituruni
wajar diamalkan oleh semua pihak waima pihak kerajaan,majikan mahupun rakyat
negara ini untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara Malaysia
daripada dicemari oleh masalah yang akan ditimbulkan oleh pekerja asing.
Karangan daripada perbincangan pelajar
5st1 2014
Ulasan guru:-
a) Idea relevan
dengan tugasan.
b) Pengolahan idea matang, berkembang dengan baik, dan
berkesan. Pelajar mempunyai
pengetahuan yang luas.
c) Bahasa anda baik, dengan binaan ayat yang bervariasi .
d) Ejaan dan tanda baca baik dan berkesan.
e) Pemerengganan anda sesuai dan kepanjangan seimbang.*********
Nk tnye mcm mane nk bidas if pihak pembangkang menyatakan tentang isu warga asing mengakibatkan tercetusnya gejala sosial di Malaysia??
ReplyDeletePlease i want it ASAP..TQVM
This comment has been removed by the author.
DeleteTrima kash. screenshot untk buat revision ..
ReplyDelete